RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

15 September 2011

Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan


Pemuda PAS Negeri Sarawak di hadapan 4 kubur pejuang kemerdekaan Sarawak di Makam Pahlawan Sibu



Sibu-11September 2011, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu. Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih kerana pembelaan ke atas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17 tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa pampasan  atau saguhati yang diberikan kepada pihak keluarga sehingga kini, melainkan hanya diberikan sekangkang lot tanah sahaja sebagai tapak rumah.

Kakak Allayarham Rosli Dhobie menceritakan detik-detik kehidupan Rosli Dhobi kepada Ketua Pemuda PAS  Negeri Sarawak, Saudara Mohammad Arifriazul


DPPNS begitu kesal dengan sikap ketidakprihatinan kerajaan seolah-olah melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh Rosli Dhobi kepada Negara. Di dalam rumah yang didiami kakaknya kini juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah British.

Surat terakhir Allayarham kepada keluarganya sebelum mautnya tiba di tali gantung masih tersimpan rapi di kediaman kakaknya
Rosli Dhobi : Pejuang Sarawak


Gambar Allayarham ketika di bangku sekolah


DPPNS berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan negara daripada penjajah.  DPPNS juga menggesa kerajaan Malaysia agar memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersempena Hari Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukan sekali dalam semakan tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita katakan. Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat martabat perjuangan di mata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu, tiada siapa pun yang peduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi.

DPPNS juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para pejuang kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah disembunyikan dan diseleweng.

Para pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempit dan sebagainya.

Munajat perdana sempena 60 tahun PAS



17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Sambutan 60 tahun PAS yang bakal diadakan pada 30 September sehingga 1 Oktober ini di Dewan Milenium, Kepala Batas akan dimulakan dengan munajat perdana.

“Dalam situasi PAS berhadapan dengam pelbagai tekanan dan fitnah kini, sambutan 60 tahun PAS ini akan dimulakan dengan munajat perdana pada malam 30 September.

"Munajat ini dijangka akan dihadiri oleh sepuluh ribu orang terdiri dari pimpinan utama negeri-negeri, ahli dan penyokong PAS serta pimpinan Pakatan Rakyat. Munajat ini turut akan membariskan kepimpinan utama parti dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, dan seluruh kepimpinan utama PAS Pusat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim juga memaklumkan bahawa sambutan 60 tahun PAS akan mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti terhadap usaha gigih pejuang-pejuang lampau dalam mengharungi pelbagai suka duka, tekanan, penindasan dan pelbagai mehnah selama 60 tahun PAS di persada tanahair.

Menurut beliau, sejarah jatuh bangun PAS selalu berhadapan dengan golongan yang menolak gagasan Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap kerana fahaman sekularisme yang menebal.

“Semua tekanan dan penindasan in berterusan sehingga kini. Ketabahan pimpinan lampau dengan penuh kesabaran mendidik masyarakat memahami tuntutan menegakkan Islam dan penghayatan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya seluruh sistem Islam adalah mujahadah yang besar, yang perlu dihayati, difahami dan dihargai oleh generasi baru,” kata beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut memaklumkan sambutan 60 tahun PAS akan dimeriahkan lagi oleh pameran dari negeri-negeri, tayangan video kejayaan negeri Pakatan Rakyat serta gerai-gerai pameran dan perdagangan.

Pelbagai aktiviti dari dewan-dewan, katanya akan turut diadakan melibatkan persembahan, sukaneka dan pelbagai anugerah kejayaan PAS di seluruh negara.

“Kemuncak program ialah ceramah perdana melibatkan pimpinan tertinggi parti dan pelancaran jentera pilihanraya seluruh negara. Diharapkan pelancaran ini akan menyemarakkan semangat bekerja seluruh petugas parti bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13,” tambah beliau lagi.

10 September 2011


Tentera Malaysia bantu rakyat Afghanistan, satu realiti

 Oleh: rozmal

"
Ketika kita dikejutkan dengan serangan terhadap pasukan misi kemanusiaan Malaysia di Somalia, kita hampir terlupa akan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ketika ini sedang memberikan bantuan khidmat kesihatan di Bamyan, Afghanistan. Saban hari pasukan perubatan ATM ini menjalani latihan sekiranya berlaku serangan hendap, bom jalanan dan sebagainya.


Sesuatu yang harus dipelajari oleh mana-mana pihak yang ingin memberi bantuan kemanusiaan di wilayah yang bergolak. 
Ikuti pelbagai kisah dan gambar menarik bantuan yang diberikan oleh ATM kepada rakyat Afghanistan dari kaca mata mereka yang terlibat secara langsung, bukan dari pihak lain di http://milmeddr.blogspot.com
 
*************
Pasukan Perubatan Malaysia Wujudkan Penjagaan Kesihatan Yang Inovatif
 
Wilayah BAMYAN, Afghanistan – Di kawasan di mana terletaknya Ibu Pejabat bagi Tim Pembangunan Semula Wilayah Bamyan adalah juga tempat tinggal dan operasi Pasukan Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang di dalam misi kontinjen Malaysia ataupun MALCON ISAF 2. Kontinjen Tentera darat Malaysia sedang menjalankan misi memberi bantuan khidmat kesihatan bersama-sama penduduk tempatan bagi membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di Wilayah Bamyan. "Kami sedang merawat penyakit yang kebanyakkannya telah tidak wujud lagi di lain-lain negara" kata Lt Kol Rusman bin Sanip, Komander Pasukan Perubatan dan Pergigian ATM atau MALCON ISAF 2.
 
Getting All The Materials Ready In One Of The School

Teaching The Teachers On How To Build The Water Filters & How To Clean It

Putting In Some Charcoal To Fix The Hard Water Taste

Explaining On The Water Filtration  System To Major Beckmann Who Is Interested To Learn The System

Explaining To The Two US Officers On The Materials Used In This Water Filtration System


Testing The Completed Water Filters



Testing The Flow
The Innovative Sand Washing Technique Which Solve The Problem Of Muddy Sands In Bamyan



The School Peon Taking Water From The Filter
To Make Tea
We Shed Tears When We Saw This Girl Drinking Happily From This Water Filter  


09 September 2011

UMNO Terpukul Sebagai Talibarut Penjajah, Zainal Kling Pusing Kata Malaya Tak Pernah Dijajah!

 

Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

Ulasan GB

Sekarang siapa yang mahu cuba pesongkan fakta sejarah?

Apakah kerana UMNO terpukul dengan label talibarut penjajah maka sekarang seorang professor diminta untuk menyatakan bahawa pendudukan British di tanahair bukan berstatus penjajah?

Jika demkian halnya, mengapakah Tunku Abdul Rahman menjerit-jerit perkataan MERDEKA sebanyak tujuh kali di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957 yang disaksikan oleh 20,000 orang hadirin? Merdeka dari apakah itu? Bukankah merdeka dari penjajahan?

Lagi besar sejarah hendak diputarbelitkan, lebih besar dari sejarah mat Indera yang dituduh komunis yang hanya bersandarkan sekeping buku seorang komunis Abdullah CD namanya.

Namanya "naungan British". Hakikatnya itulah penjajahan.

Jika "dinaungi" atau "dilindungi" semata-mata, maka kita tidak sebut MERDEKA selepas selepas bebas daripadanya.

Mari kita tinjau erti kemerdekaan seperti yang diterbitkan di portal SAMBUTAN 54 TAHUN KEMERDEKAAN.

"Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara."

Di situ sudah jelas terungkap perkataan PENJAJAHAN dan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing!

Nak putar macam mana lagikah wahai UMNO tentang hakikat bahawa kamu adalah talibarut penjajah dan bahawa sesungguhnya kamulah sekarang ini yang hendak mengubah fakta sejarah?
Umno penipu, 50 ahli PAS lompat parti
Mohd Nasir Zakaria   
Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
 

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com