RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

25 Februari 2010

DEMO OH DEMO! SIAPAKAH YANG JADI BERUK-BERUK DIJALAN RAYA? UMNO KAH ?

INGATKAH KITA APABILA PAKATAN RAKYAT BERDEMO SUPAYA PILIHANRAYA BERSIH,PPSMI, DAN BANYAKLAGI,APAKATA KJ "DIA MENCABAR PEMBAKANG JANGAN MENJADI BERUK2 DIJALAN RAYA,BUAT IKUT SALUARAN.
NAH! SAPE YANG BEROK-BEROK DIJALAN RAYA,
TENGOK GAMBAR2 NI



ZAMBRY BOHONG!!! INI BUKTINYA...!!!

Lebih kurang pukul 11 pagi tadi YB Ramli telah menghadiri satu sidang media yang telah diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat di Ipoh.Turut hadir adalah YB Sivakumar(Speaker Sah Dun Perak),YB Tai Sing Ng dan beberapa Adun lain.Ianya diadakan bertujuan untuk membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang menyatakan bahawa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan,tidak seorang pun ADUN dan MP dari Barisan Nasional yang dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD).Sesungguhnya kenyataan beliau adalah satu fitnah!!!Di sini Dato Seri Nizar Jamaluddin telah membangkang dengan sekeras-kerasnya kenyataan fitnah itu dengan bukti minit mesyuarat JKTD yang telah dihadiri oleh ADUN dan MP Pakatan Rakyat dahulu.Sesungguhnya ADUN dan MP dari BN juga dijemput untuk sama-sama bermesyuarat dan membincangkan masalah rakyat untuk diselesaikan.Akan tetapi kebanyakan dari mereka yang tidak hadir!...Untuk Daerah Kinta,YB Hamidah(Sg Rapat),YB Nazri(Manjoi) dan YB Husni(MP Tambun) tidak hadir ke mesyuarat JKTD ini.

Seperti contoh mesyuarat JKTD Kerian,YB Sham B Mat Sahat turut dipanggil untuk bermesyuarat tetapi beliau sendiri tidak hadir.Sekali dua ponteng bolehlah diterima tetapi 6(Enam) kali bermesyuarat,semuanya keenam-enam kali juga YB Sham tidak hadir.Buktinya ada di bawah ini.Dan tiada pula wakil untuk menggantikan beliau.



Dan sekiranya benar kerajaan PR tidak memanggil ADUN dan MP BN untuk turut sama dalam mesyuarat JKTD bagaimana pula dengan YB Dato Zahir(Kamunting) dan YB Rosli(Trong) boleh pula turut sama dalam mesyuarat JKTD di Daerah Larut Matang dan Selama???

Jadi kesimpulannya Zambry telah membohongi rakyat Perak dan cuba memburukkan Pakatan Rakyat Perak.Insaflah dari terus menidakkan perkara baik yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika pernah memerintah Perak selama 11 bulan suatu ketika dulu sebelum dirampas!!!

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI PERAK: DI MANA SILAPNYA

11 Rabiul Awwal 1431H
Email : safarizal saleh
Kenyataan Media (23 Februari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal jika benar yang telah di laporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat Negeri Perak sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perak di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama di lihat tiada sambutan daripada rakyat.

Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa Majlis Sambutan yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu. Manakala pada 21 Februari yang lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir. Perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

DPPN Pk menggesa Kerajaan Negeri mengkaji kelemahan setiap Majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat. DPPN Pk juga berharap semua lapisan masyarakat di libatkan sama dan jangan ada pihak yang tersisih daripada program bersama rakyat.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.



Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh hujung minggu lalu.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam)http://bumiperak.blogspot.com/

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah. YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh "

23 Februari 2010

Assobiyyah Yang Menghantui Jiwa dan Minda Orang Melayu

9 Rabiul Awwal 1431H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Assobiyyah atau fahaman kebangsaan ( Nasionalisme) masih lagi merupakan penyakit turun temurun di kalangan manusia amnya dan khasnya orang Melayu yang beragama Islam . Orang Melayu menganut agama Islam mengikuti raja mereka iaitu , Parameswa yang memeluk agama Islam pada tahun 1414 ( abad ke 15 ) .Pada abad ke 20 ini, lebih kurang sekitar 500 tahun ; politik “ Takkan hilang Melayu di dunia” yang di taja oleh laksamana Hang Tuah yang tiada di ketahui makamnya ,’ Road-show’ nya masih lagi dilagukan oleh parti assobiyyah Melayu Umno.

Salahkah fahaman assobiyyah ini di sisi Islam ? Sebenarnya tidak salah kerna kecintaan kepada budaya dan bangsa sendiri itu dibenarkan oleh Islam . Justeru, kerna bahasa , budaya , kumpulan ethnik , bangsa dan keturunan adalah semuanya ciptaan tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Pencipta yang bisa menciptakan kepelbagaian bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain.

Ganti dulu pemimpin Umno bersalah, bukan PR




Harakahdaily   
MELAKA, 23 Feb: Pensyarah universiti dan akhbar Utusan Malaysia sepatutnya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah digantikan terlebih dahulu daripada membuat gesaan itu kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berkata, antara pemimpin Umno yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah termasuk oleh parti mereka sendiri seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Adun Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad.
Ini, katanya kerana mereka telah didapati bersalah sedangkan Anwar belum dibuktikan bersalah.
“Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kenyataan Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib supaya pemimpin Pakatan Rakyat menggantikan Anwar sebagai ketua.

Aiseh.. alamak.. tak jadi pulak??

melayu pulau pinang lupa pula sebelum lim guan eng memerintah sapa yang memerintah kalu bukan gerakan dari BN.umngok BN wajib bertanggujawab bagi gerakan memerintah sampai melayu terabai.umngok BN barua Luuuuuu fkir le sendiri
Setelah mereka gagal di Selangor, walaupun menyerangnya dengan serangan maut, kini... mereka beralih pulak ke Pulau Pinang. Namun... senjata yang digunakan dalam serangan kali ini, masih senjata lapuk yang berpelurukan isu Melayu dan agama. Alamak... tak dak isu lain ka yang lebih mantop??

Memula.. depa buat demo kononnya Melayu Pulau Pinang dipinggirkan apabila berlaku perobohan gerai-gerai oramg Melayu. Depa kata Guan Eng bias... tak adil. Depa tuduh dia anti-Melayu. Awat gerai Cina dia biaq, tak usik, tapi... gerai orang Melayu dia pi roboh. Mula-mula panas hati jugak dengar apa yang berlaku... sebab pada aku, telah berlaku ketidakadilan.

22 Februari 2010

Dedah hukuman sebat wanita Islam kerana terpaksa

Harakahdaily   
BACHOK, 22 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa. Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.
 “Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.
“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi

Noh Omar Ludah Atas Kepala Sendiri...

Pembangkang cipta cerita bohong tutup masalah dalaman

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam membidas sikap pakatan pembangkang di negeri ini yang sengaja mencipta cerita bohong bagi menutup pergolakan yang berlaku dalam parti sekutu mereka.

Katanya, itu hanya helah mereka untuk mengalih perhatian rakyat sekali gus melupakan masalah dalaman parti mereka yang tidak lagi boleh disembunyikan.

“Inilah helah pembangkang, kalau mereka tidak boleh selesaikan masalah dalaman parti, mereka akan cipta masalah lain. Semua orang tahu kalangan pemimpin Pas di Selangor bergaduh.

“Dalam Pas Selangor ada dua kumpulan bertelagah iaitu antara Datuk Dr Mohamed Hasan Ali (Pesuruhjaya Pas Selangor) dan Khalid Samad (Yang Dipertua Pas Shah Alam).

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pula menghadapi krisis di kawasan sendiri apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor dibubarkan,” katanya selepas menghadiri majlis dialog bersama ibu tunggal di Bangunan Umno Shah Alam, di sini.

Noh mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang mendakwa wujud perpecahan dalam Umno Selangor berikutan wujud dua kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo manakala satu kumpulan lagi menyokong Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh menegaskan Adun itu membuat tuduhan liar berkenaan kerana tidak tahu sejarah hubungan rapat antara beliau dan Dr Mohamad Khir, yang berasal dari kampung sama.

“Kami dah lama berkawan. Saya yang bawa Dr Mohamad Khir dalam arena politik dan sayalah yang beri sokongan kuat kepada Dr Khir ketika hendak jadi calon pilihan raya umum dulu.

“Saya ketika itu sudah jadi Ahli Parlimen, Timbalan Ketua Umno Bahagian dan apabila jawatan Menteri Besar (MB) Selangor kosong, saya ketika itu menyokong supaya beliau diberi peluang jadi MB.

“Ketika itu, saya Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Saya dan Dr Mohamad Khir tidak ada masalah. Apabila beliau jadi MB, saya berpakat dengan beliau, ambil seorang satu Umno bahagian,” katanya.

Admin : Kan pembangkang di Selangor ialah UMNO/BN... 2 tahun kalah pon dok meroyan tak habih lagi..kasiannn....

Surat Jemputan Debat Pemuda Pakatan Pulau Pinang

Surat Untuk Norman Zahalan Pemuda UMNO Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang En Ramlan Ishak

Surat Rizal Faris Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang En Masri Mahmood

Klik imej untuk besarkan imej surat.Manakala Pejabat GPMS tidak dibuka & Surat jemputan kepada Presiden GPMS akan dihantar secepat mungkin.

Ganesan Tetap "Speaker Haram" - Datuk Seri Nizar

PR tetap menolak Datuk Ganesan sebagai Speaker sebaliknya hanya mengiktiraf,V Sivakumar sebagai speaker yang sah Dewan Undangan Negeri Perak yang dilantik mengikut lunas-lunas perundangan.

Bekas MB Perak Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin berkata,Ganesan tetap dianggap sebagai speaker haram bukan speaker DUN sebagaimana yang diperkatakan oleh ADUN Barisan Nasional,Datuk Hamidah Osman.

Tidak ada sebab beliau dan ADUN PR perlu menerima Ganesan sebagai speaker sedangkan perlantikannya tidak mengikut saluran perundangan yang betul.

"Usul ketika melantik Ganesan sebagai speaker dikemukakan oleh datuk Zambry Kadir dan disokong oleh Hamidah adalah tidak sah disebabkan pada ketika itu Zambry sudah digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh V Sivakumar."jelas Datuk Seri Nizar.

Walaupun mahkamah perseketuan telah mengisytiharkan Zambry sebagai MB yang sah,ia tidak bermakna PR juga mesti menerima Ganesan sebagai speaker.Dua situasi yang berbeza dan pihak kami akur akan keputusan mahkamah bagaimana pun tetap tidak akan menerima Ganesan sebagai speaker.

Ubah Masjid Untuk Orang Tua Sahaja

Oleh: Ismail Hashim (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 20 Feb: Masjid bukan hanya untuk golongan tua sahaja sebaliknya untuk semua peringkat usia termasuk golongan remaja, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Menurutnya, konsep yang menyatakan masjid hanya untuk kalangan mereka yang sedang ‘tunggu masa mati’ sahaja perlu diperbetulkan segera dengan menggerakkan kegiatan untuk memudahkan anggota masyarakat mendampingi masjid.


Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Seni Silat Gayung Malaysia anjuran Pemuda Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini pagi tadi.

Apa kata Mufti Perak terhadap Shahrizat?

8 Rabiul Awwal 1431H
Jebat Berani

Sebelum ini bukan main lantang lagi Mufti Perak,Tan Sri Harussani membidas Sisters in Islam(SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita..

Tan Sri Harussani menyifatkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermaksud mereka tidak mempercayai hukum allah dan boleh dianggap sebagai terkeluar daripada islam.


''Orang seperti ini tidak faham hukum islam, mereka menentang dan membenci hukum islam kerana terpengaruh dengan orientalis barat yang menentang islam.

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah



KOTA BARU, Feb 21 —Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Raja Perempuan Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital Singapura.
Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.
Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.
Elia Suhana dilaporkan pernah cuba mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu tetapi gagal.
Baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak pertengahan tahun 2009.

PRESIDEN PAS JADI PENYELAMAT. TAHNIAH

UTUSAN MALAYSIA

Penjual daging diselamatkan Presiden Pas



AHAMAD Mat Zain menceritakan detik cemas dihanyutkan arus deras sebelum diselamatkan oleh Abdul Hadi Awang di Pantai Rusila baru-baru ini.



MARANG 17 Feb. - Seorang peniaga daging tidak dapat melupakan detik-detik cemas dia dihanyutkan arus laut selama hampir setengah jam ketika mandi di Pantai Rusila di sini pada Ahad lalu.
Insiden hampir meragut nyawa warga emas itu, Ahamad Mat Zain, 60, bagaimanapun berakhir dengan kelegaan apabila dia diselamatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu sedang memancing di pantai tersebut.
"Saya cuba berenang ke darat tetapi gagal. Saya hampir putus asa apabila terminum banyak air lalu menjerit meminta tolong

20,000 banjiri sambutan Tahun Baru Cina k'jaan S'gor

8 Rabiul Awwal 1431H

Kira-kira 20,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri Selangor di Kuil FGS Dong Zen di Jenjarom malam tadi.

Majlis tersebut yang bermula jam 6 petang, dihadiri oleh anggota exco kerajaan negeri, ADUN dan ahli parlimen. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan kerajan dan dari sektor swasta.

Selain pelbagai persembahan kebudayaan, majlis tersebut juga turut diserikan dengan tarian singa dan naga.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, majlis rumah terbuka itu dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara pelbagai kaum di negeri itu.

Sementara itu, kira-kira 20km dari situ, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kampung baru Pandamaran.

Dr Asri: Sudah Sekian Lama Berarak, Apa Hasilnya? Penulis Tamu - pendikar gunung kriang,



Sekali lagi Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menyindir parti pemerintah amnya dan Umno khasnya. Terbaru artikelnya mengenai isu perarakan Mauliur Rasul di Pulau Pinang, 'Maulid, Melayu dan Mamak Penang' dalam Mingguan Malaysia hari ini jelas ditujukan kepada Umno. Malah PR juga disindirnya kerana seperti Umno, mereka juga gagal membela nasib umat Islam Pulau Pinang.

20 Februari 2010

16 Februari 2010

GAMBAR DI SEKITAR PERKELAHAN PERDANA DPPB BERSEMPENA HIMPUNAN SUKARELAWAN PAS BALING 2010

Meminta bantuan untuk mengesan gadis ini sila sebarkan - Di Manakah Norlaili Afizah...

Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur

14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.

Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .

Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya , Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.

ASSALAMUALAIKUM
ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI. ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.
PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH

2010 Feb 16

Pesuruhjaya PAS hilang sejak Khamis selamat

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, selamat dan telah pulang ke rumahnya di sini petang tadi.

Mohamad dikatakan pulang sendiri ke rumah beliau kira-kira 3 petang tadi.

Ia disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

“Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.

Zahrain Kata - “Jumpa di mahkamah” Tapi Rakyat Pulak Kata - "Jumpa di Akhirat" “

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim akan mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ke mahkamah keranamendakwa membuat fitnah terhadapnya dengan mendakwa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu disebabkan gagal mendapat kelulusan tender bernilai RM40 juta.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu berkata, peguam untuk mengendalikan kes ini telah dilantik dan dalam proses mendakwa Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

2 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Kenyataan menteri itu memberitahu, Hasbie menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

Nor Mohamed ketika ditanya sama ada Hasbie merupakan individu yang ditangkap dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu di Butterworth, beliau berkata:

"Saya hanya boleh sahkan kenyataan yang saya hantar itu hari ini."

14 Februari 2010

Nik Aziz saran Zahrain letak jawatan MP


30 Safar 1431H.

Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari PartiKeadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

- Bernama

12 Februari 2010

Nasib Zambry bertambah ong lagi!

Hahahahahaah Kahkahkahkah Heheheheh


Gambar di atas di petik dari Sinar Hairan Online 11/2/2010... Hahaha nasib korang la kalau lambat bukak tetiba Sinar Hairan dah tukar poll mereka... tapi yang pastinya korang boleh tengok gambar di atas Zambry mugebe diterima sebagai MB oleh segenap Masyarakat... Kahkahkah Aku boleh tersilap tulis la pulak.. Zamby diterima? Kahkahkah

Korang nak tau tak sape 11% yang mengundi dan sokong Zambry tu? Hahaha dah tentu mangkok-mangkok yang sokong dia.. hahaha Ditambah lagi geng-geng Najib dan geng-geng Beraheim Ali....

Bayangkan yang mengundi di poll Sinar Hairan setakat ini ialah 9606, seramai 89% tidak bersetuju Zabry sebagai MB Perak yang sah... Cuba korang bayangkan kalau yang mengundi tu seramai 960 600 yang mengundi... Huhu Mau botak kepala Najib Zambry Mugebe nih...

Tahniah Rakyat Perak kerana tetap memberi tekanan kepada Najib Zambry Mugebe nih...

Oh Mugebe nasib mu memang malang kerana di timpa najis Najib lah... kahkahkah

p/s: korang try check balik malam nanti.. Puak-puak Gerombolan sure kerah cybertrooper mereka untuk tolong undi untuk Mugebe tu... hahaha

11 Februari 2010

Kota Bharu Malam Ini: Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak

Jangan lupa malam ini...!!!
Jemput datang beramai-ramai...!!!

PM Najib Sinonim Dengan Kerja-Kerja "Bodoh" Dalam UMNO

Malam ini jam 9:00 malam bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohamed IV akan berlangsung 1 lagi Ceramah Perdana isu Royalti Minyak Kelantan. antara yang dijangka hadir menggegar pentas ceramah ialah Abang Mat Sabu dan juga Dato'Zaid Ibrahim.

Ini adalah sinambungan dari program-program pencerahan isu Royalti Minyak Kelantan yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama GEGAR, sebuah Pertubuhan Bebas yang dianggotai oleh lebih dari 50 NGO yang bersama-sama memperjuangkan HAK Negeri Kelantan yang Berdaulat.

Heret Sahaja Siapa yg Dok Guna Harta Kerajaan Untuk Aktiviti Politik.... Juara Rakyat: Heret Ahmad Maslan Dan UMNO Ke Muka Pengadilan


Banyak pihak hari ini menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) supaya membuat laporan polis dan SPRM terhadap UMNO dan Ketua Penerangan UMNO yang menyalahgunakan agensi kerajaan untuk kepentingan politik UMNO.

Hari ini, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan tidak menjadi kesalahan untuk Juara Rakyat menggunakan agensi-agensi Kerajaan.

10 Februari 2010

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz

26 Safar 1431H
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.


“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com