RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

30 November 2009

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

Kerajaan Pulau Pinang Haram BTN



Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Nabi Muhammad saw. terjejas aqidah...?????

Penulis Tamu - Aris Awang

Dalam banyak peperangan Nabi suci saw akan berdoa seperti berikut:-
Ya Allah kami jadikan Kamu sebagai pelindung kepada kejahatan mereka,

Ya, Allah hancurkan kekuatan mereka,

Pecah belahkan perpaduan mereka,

Leburkan asas kekuatan mereka,

dan hantarkan anjing-anjing kamu untuk membaham mereka,

Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,

Ya, Allah!

Ya, Allah!

Ya, Allah
Dan dalam satu peperangan yang lain Rasulullah saw pernah berdoa bermaksud seperti berikut:-
"Kembalikan perancangan jahat mereka, ke atas batang tengkuk mereka"
Kalau itulah "keterlaluan" dan "terjejas aqidah" yang dinyatakan oleh Mufti Perak, maka Nabi suci telah lama mendahului Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Kalau Najib bagi royalti kepada Kelantan pun aku tetap dok doa seperti di atas kepada Najib dan pemimpin UMNO selagi UMNO dok macam tu iaitu menerima separuh dan menolak separuh Al-Quran.

Kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin UMNO aku juga akan doa macam tu...........

29 November 2009

BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?


In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51am al-bakistani.blogspot.com


Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.
Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

26 November 2009

Balik Cuti Raya Rumah Bapa Mertua&Emak Mertua


Hari ini 26/11 Rabu cuaca panas terik.Dalam perjalanan balik ke rumah mertua.ikut hati nak singgah kat kedai cuci kereta tetapi dari Baling ke Alor Setar semua kedai penuh pakat2 nak cuci kereta.penat macm ni.Usaha juga nak cari kedai untuk cuci kereta.Terus perjalanan ke Kuala Kedah,tengok2 kalau ada kedai cuci kereta.Alhamdulillah jumpa juga kedai cuci kereta.Gambar ini bersama isteri kat kedai makan sebelah kedai cuci kereta.Sempat juga buka blog dan edit

25 November 2009

PRK DUN Kota Seputeh


 

 



SPR telah mendapat perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk membuat pengisytiharan potong stim petang tadi.



Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi DUN Kota Seputeh akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian terima kasih.

Alamaaaakkk..... nampaknya tak dapatlah kita nak buat persediaan untuk menyambut RAYA di DUN Kota Seputeh. Ciiiiitttt..... potong stim betoi ler!!!

Mahkamah Rayuan ni selalu suka cantas apa yang Mahkamah Tinggi sudah putuskan. Dulu di Perak macam tu juga.... dan sekarang negeri Kedah pun kena jugak. Apakah ia juga sudah jadi moooo..... mooooo macam SPR??

Oleh sebab, keputusan sudah dibuat.... apa nak dikatakan lagi, kita tunggu ajer lah perkembangan seterusnya.

23 November 2009

TERKINI:
MAHKAMAH MENOLAK PERMOHONAN SPR(PARTI KOMPONEN BN) MENANGGUH KEPUTUSAN KEKOSONGAN ADUN (MALAS MASUK DEWAN) KOTA SIPUTEH.MAKA BN (TAKUT ADAKAN PILIHANRAYA) BERPUTIH MATA.KENA JUGA PILIHANRAYA.
PILIHANRAYA KECIL MESTI DIADAKAN DALAM MASA 60 HARI
AYUH PAKATAN RAKYAT KITA LANYAK BETUL2 SEPERTI MANA MEREKA BUAT KITA  DI BAGAN PINANG.

Syeikh Abu Bakar Awang meninggal

 

Ismail Hashim
ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.
Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.
(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

SELAMAT MENJAWAB SOALAN MATEMATIK SPM 2009

 
 12.50 ana balik rumah le

12.35 tghhari.semua pelajar keluar dari dewan selepas menjawab soalan mate kertas 2

9.30pagi. calon-calon dah keluar untuk kertas 1.maka ramai jumpa ana.ada yang kata mudah ada juga kata susah.biase le tu.masa ni ade juga study kertas 2



masa rehat sebelum masuk untuk kertas 2 pada jam 9.50pagi.


8.10pagi.ana keluar sarapan pagi

 


7.55pagi.arahan pengawas peperiksaan diminta calon masuk dewan








 
 7.45pagi.pelajar berlegar2 dikawasan sekitar sekolah menunggu masuk dewan


7.30pagi.pelajar perempuan paling awal tiba kesekolah.nampak ceria je

7.29pagi.ana tiba awal melihat pelajar ana sedang stdy last minit.


23 november 2009.hari ini peperiksaan mata pelajaran mate.mesti bedebar le mata pelajaran ana mengajar.





22 November 2009

Hari Raya Aidiladha

 Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji10 Zulhijjah. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
               Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
                Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
           Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
           Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
          Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

         Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.wassalam

21 November 2009

Kenduri Rumah AJK Muslimat Pas Kawasan Baling di Kg.Memali




21 november 2009 sabtu,Selaku AJK DPP Baling,ana dan Kawan2 sejawatan dengan ana hadir kenduri walimatul urus anak kepada AJK Muslimat Pas Kawasan Baling (isteri Ustaz Juki) setelah mendapat jemputan kenduri seminggu sebelum itu.Kami hadir dalam   jam lewat 3.30 petang.



Selepas selesai makan nasi lauk gulai daging lembu,sempat juga kami makan bubur kacang hijau.

Emmm jangan lupa tolong pekemas kerusi.Inilah akhlak jamaei perlu ada setiap pejuang jamaah islamiah.


STUDY HARD STUDY SMART



Hari ini kelas tuition mate untuk kelas tingkatan 5AP.Last study untuk exam mate 23.11.2009 pada hari isnin minggu depan.Ana memberi latihan tubi serta formula mate bagi memudahkan pelajar mejawab soalan.Kelas bermula jam 9.30 pg sehingga jam 12 tengahari.

20 November 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

    
 
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

 

Konvoi Syahadah Memali Dan Ceramah Perdana

19 November 2009,Seramai lebih kurang 100 orang lebih pemuda baling berkonvoi dengan 50 buah motor dan 30 buah kereta diketuai ketua Dewan Pemuda Pas Kedah.Konvoi tersebut deberi nama konvoi Syahadah Memali sempena mengenang peritiwa berdarah di Kg.Memali.

Konvoi tersebut bermula Jam 5.45 petang hari khamis di Masjid Kg.Parit Panjang.Sebelum peserta konvoi bertolak ke kg.memali,semua peserta konvoi sempat menziarahi kubur syahadah Memali di tanah perkuburan Islam Kg.Parit Panjang.

Sebelum peserta bertolak ke Kg.Memali,peserta diberi taklimat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahaya.Dengan Laungan takbir,peserta pun mula bertolak pada jam 6.10 petang.

Tepat jam 6.55 petang peserta sampai ke Kg.Memali dan berkumpul di Madrasah Islahiah Kg Memali Baling.Semua menunggu waktu solat maghrib dan bersolat berjemaah.Majlis diteruskan dengan solat hajat dan bacaan tahlil untuk dihadiahkan pahala tersebut kepada roh-roh mujahadah memali serta muslimin dan muslimat yang meninggal dunia.
Selepas solat isyak majlis diteruskan dengan Ceramah perdana yang bertajuk "MEMALI DIFITNAH LAGI"

Ribuan hadirin membanjiri seawal jam 8.45 malam.Penceramah dimulakan ucapan aluan oleh Yang Berhomat Senetor Ustaz Yusuf Husin.Seterusnya ucapan Ketua DPPNK Ustaz Ahmad Yahaya.Majlis diceriakan dengan ceramah jemputan seorang kanak pasti yang berusia 7 tahun.Majlis diteruskan dengan ucapan timbalan Ketua DPP Pusat,ucapan Ketua DPP Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi.Seterusnya ceramah dari Haji Mohamad Sabu selaku AJK Pas Pusat.

Majlis bersuarai tepat jam 12.00 malam.

18 November 2009

Pas Kedah siap sedia hadapi pilihan raya




ALOR SETAR - Pas Kedah sudah bersiap sedia dengan calon bagi menghadapi pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang akan mewakili parti itu adalah pemimpin tempatan yang mendapat sokongan penduduk Kota Siputeh memandangkan kawasan itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan agak sukar untuk menembusinya.

“Saya akui Kota Siputeh adalah kubu kuat BN, bukan mudah untuk kita tawan, tetapi Pas Kedah akan berusaha secara demokrasi untuk mencipta kemenangan,” katanya pada sidang media, selepas membentangkan Bajet 2010 di DUN, semalam.

Bagaimanapun, ia masih terbuka dan sedia menerima cadangan daripada penduduk Kota Siputeh mengenai calon yang layak untuk mewakili mereka dalam pilihan raya kecil itu kelak.

“Kita akan adakan mesyuarat bersama Pas Jerlun supaya mereka dapat mencadangkan calon yang layak. Lebih penting ialah tokoh itu mesti disukai semua penduduk tempatan,” katanya.

Azizan berkata, setelah memutuskan calon di kawasan itu, jentera Pas akan mula melakukan gerak kerja kerana parti itu tidak pernah memenangi kerusi berkenaan.

“Cuma dua kali sahaja Pas menang di situ, Itu pun hanya kerusi Parlimen pada tahun 1969 dan 1999,” katanya.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang mengisytiharkan Abu Hassan Sarif kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh walaupun tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut, Menteri Besar Kedah itu tidak menyalahkan keputusan SPR kerana masing-masing mempunyai tafsiran berbeza.

“SPR bukannya tidak telus, cuma saya berpendapat masing-masing ada tafsiran sendiri dan menjalankan bidang tugas masing-masing. Selepas ini, eloklah kita tumpu pada bidang tugas masing-masing supaya tidak timbul lagi kecelaruan,” katanya.

HARI RAYA AIDULADHA 1430

 


Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA


PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

PADA 13 NOVEMBER  PAGI JUMAAT JAM 1-2 PAGI


Susah juga hendak mencari pemimpin berjiwa rakyat.Tetapi didalam kesusahan mencari pemimpin berjiwa begini,ana terasa terpanggil menulis bahawa ana sendiri bersama YB cikgu Johari serta kawan2 meredah banjir dikawasan YB sendiri iaitu di kampung Kemangi kupang baling.
YB dengan berjiwa rakyat sanggup turun melihat kawasan banjir ketika itu waktunya sekitar jam 1-2 pagi.Adakah ketika itu waktu orang tidur?.sepatutnya YB perlu berehat selepas letih siang hari dengan program2 sebagai wakil rakyat.
Sebelum YB meredah banjir,YB telah mendapat panggilan telifon dari mangsa banjir.Tanpa banyak alasan YB terus bergegas ketempat melanda banjir.


YB besama panduduk kampung kerumah mangsa banjir


sempat bergambar bersama mangsa banjir




YB menunjuk tahap air bah

Terima Kasih YB.

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com