RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

28 April 2010

Najib nak nafi apa lagi kata BN tak beli undi..nie bawah nie apadia..??


BN tidak beli Undi : Najib nak nafi apa lagi

Abdul Fatah Karim

Bernama melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad.

Jom kita tengok betul ker tidak…

1. BN berjanji untuk membina Universiti Teknologi Mar…a (UiTM) di Serendah

2. Menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

3. Telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK

4. peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor

5. Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula 26 April

6. Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat.

7. Berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

8. RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir,

9. Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam Parlimen Hulu Selangor

10. RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,

11. Membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta,

12. RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa

13. Tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

14. Peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

15. Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

20 April 2010

Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti

5 Jamadil Awal 1431H.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Poster Dan Billboard Lucah, PKR Buat Aduan Polis


Kuala Kubu Bharu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeluarkan pelbagai risalah serta billboard berbaur lucah dan berunsur hasutan.

Laporan polis dibuat di IPD Kuala Kubu Bharu dengan bahan bukti termasuklah gambar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilabel sebagai pengkhianat negara, gambar peribadi exco Selangor Elizabeth Wong dan gambar palsu Datuk Zaid Ibrahim meminum arak.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, tindakan melampau Umno-BN disifatkan sebagai terdesak untuk memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor yang dimenangi PKR.

"BN kata tak serang peribadi tapi pakej menipu, hasutan, lucah, provokasi, yang jelas melanggar kot etika kempen pilihan raya yang dikeluarkan oleh SPR, dan akta kesalahan pilihanraya undang-undang yang dibuat di parlimen," katanya.

Beliau berkata perlakuan tersebut jelas menunjukkan BN tidak mempunyai isu untuk diketengahkan pada proses kempen kali ini.

ORANG MELAYU KESAL SIKAP NAJIB SOKONG AMERIKA TEKAN IRAN

Oleh Halik Zaman


Seperti satu tradisi turun-temurun satu phobia bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam, seandainya terdapat pemimpin-pemimpin Islam kita yang memberikan sokongan kepada Negara-Negara Barat yang menggunakan kuasa veto mereka untuk memberikan penindasan kepada mana-mana Negara Islam yang tidak sehaluan.

Inilah yang sedang dilihat oleh rakyat Malaysia dari seorang Perdana Menteri 1Malaysia Dato' Seri Najib yang mana dengan secara terang-terang memberikan sokongan padu kepada tindakan kuasa besar Amerika Syarikat yang akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Negara Iran. Sebuah Negara rakan Malaysia di rantau ini.

Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran berikutan Negara tersebut menggunakan tenaga nuclear untuk kegunaan kemudahan asas Negara itu. Tenaga nuclear di gunakan untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Iran itu sendiri dan bukannya di gunakan sebagai senjata untuk menyerang Negara luar. Tenaga nuclear di utilisasikan untuk kemudahan tenaga elektrik Negara itu. Apakah ianya satu kesalahan ?

Apakah ketika Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan beliau terhadap sekatan ekonomi terhadap Negara Iran baru baru ini beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya akan risiko yang akan diterima kelak ? Risiko paling utama ialah rakyat Malaysia yang tidak berdosa akan turut terhukum dek kebencian rakyat Iran kerana ‘kepintaran’ PM 1Malaysia yang kurang tepat ?

Kita begitu terkejut sekali tindakan drastik Negara China secara terang terangan tidak menyokong tindakan sekatan ekonomi Amerika Syarikat keatas Negara Iran tetapi malangnya Negara Malaysia pula yang beria ia menyokong tindakan sekatan ekonomi keatas Negara Iran, apa sudah jadi dengan Najib ini?

Tidakkah beliau terfikir Malaysia akan di benci gara-gara ‘sokongan beli jiwa’ itu ? Hebat bukan? Malaysia sebuah Negara berkecuali turut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Negara Barat walaupun beliau teramat sedar bahawa sokongan itu bakal memberikan impak kepada Malaysia dan Iran yang juga sebuah Negara sahabat ikrab seperti Malaysia ?

Najib dengan gahnya menafikan wujudnya penjualan gas ke Iran dari Malaysia tetapi tidak menafikan pendirian Malaysia menyokong keputusan Amerika untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran ? Sebab apa ? Sebab ingin meraih sokongan dari Amerika kerana rakyat Malaysia sendiri sudah mulai muak dan jelak dengan pentadbiran UMNO/BN.

Dato' Seri Najib juga telah menampakkan sikap dictator dalam dirinya bilamana beliau telah menegaskan pendiriannya dengan menyatakan kerusi Hulu Selangor calonnya akan di berikan kepada calon MIC padahal kawasan berkenaan majoritinya adalah pengundi orang Melayu.

Mungkin orang Melayu boleh terima secara terpaksa walaupun terluka, alasan Najib bahawa MIC adalah rakan UMNO dalam Barisan Nasional tetapi yang pelik Najib menolak pula calon saranan dari Presiden MIC tanpa sebab. Seolah olah Samy Vellu diselekehkan.

Presiden MIC telah mengumumkan untuk meletakkan G.Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor. Begitu hebatnya kuasa Dato' Seri Najib dengan berani menangkisnya. Beliau betah mengenepikan cadangan bersama rakan pakatan kepimpinan Barisan Nasional lalu memilih P.Kamalanathan walaupun dari MIC tetapi lebih diibaratkan sebagai ‘PM’s favourite’ bukan kehendak Jawatankuasa Pusat MIC dan beliau bukan pilihan popular MIC.

Kalau di kenang kembali semasa Dato Seri Najib baru memegang tampuk pemerintahan Negara Malaysia ini, kita sering mendengar janji-janji beliau kepada rakyat akar umbi bahawa beliau mahu menjenamakan semula UMNO kearah satu perubaahan drastik mengikut citarasa akar umbi.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat melihat dan tidak mungkin terlihat perubahan yang di war-warkan dahulu. Apa yang terlihat hanyalah organisasi UMNO yang sama , budaya UMNO yang sama, tradisi UMNO yang sama. Cuma ketuanya sahaja yang berbeza. Tidak dapat di nafikan UMNO kelihatan lebih teruk dalam genggaman PM 1Malaysia dan Kak Mahnya.

19 April 2010

Datangmu Tak Diundang, Pergimu Tak Dihalang


."Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".

Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.

UMNO DAH MELAMPAU.TUNGGU KEHANCURAN UMNO

Blogger GAP Membunuh...!!!

Gambar yang dikeluarkan oleh blogger UMNO/BN (GAP)...

Gambar sebenar sebelum di Photoshop...

"Sesungguhnya Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh"...

16 April 2010

Najib temui penyelamat Yahudi di Amerika



Perdana Menteri Malaysia telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di Amerika Syarikat pada 15 April 2010 , Muhtar Kent ialah pewaris yang menyelamatkan bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Ke 2.

Pendedahannya pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/najib-temui-penyelamat-yahudi-di.html

Anwar kecam kerajaan melutut kepada Amerika

penulis Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 April: Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.


Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.

"Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?


"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

"Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media.

Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon

1 Jamadil Awal 1431H.




Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.


Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.

15 April 2010

Di mana Palanivel?

 
30 Rabiulakhir 1431H.


Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.

Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.

Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”

“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Bukit Beruntung.

Muhyiddin juga berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan parlimen tersebut. Malaysiakini/-

Muhyiddin Pembohong, Calon BN Bukan Anak Tempatan


MIC Hulu Selangor mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu menjanjikan bahawa calon “anak tempatan” akan diturunkan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bahagian itu diketuai oleh Palanivel.

“Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang),” katanya lagi.

1 lagi beban terlepas bila Adun Bakar Arang keluar parti

oleh PKWR Jerai

Tan Wei Shu petang tadi dengan susunan ayat yang teratur mengikut apa yang dituliskan untuknya mengumumkan langkah mengikut rakan baiknya, Mohd Radzhi Salleh yang sama-sama pernah berada di puncak kegemilangan ketika mereka dijulang sebagai wakil rakyat atas lambang PKR dan Pakatan Rakyat.

Hari ini setelah sekian lama bermain tarik tali, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang digugurkan kerana dikatakan tak pandai buat bekerja dan bukannya kerana tak pandai bercakap besar dan tak pandai bercakap bohong tapi sering kali tak bercakap benar telah meninggalkan parti PKR hanya dengan alasan dipermain-mainkan rakan dalam parti.

Sejak bermulanya rampasan kuasa di Perak, angin telah bertiup kencang Pakatan Rakyat Kedah juga akan ditimpa nasib yang sama seperti yang terjadi di Perak berikutan khabar-khabar angin beberapa orang wakil rakyat termasuk Tan Wei Shu akan menyeberang kepada BN melalui tiket bebas.

Cubaan jahat itu berulang beberapa kali dan setiap kali ia bertiup, namanya tak pernah terpadam dalam senarai itu. Orang-orang Kedah sentiasa tertanya-tanya, bila lagi Tan Wei Shu nak melompat keluar?

Bagi orang Kedah, khususnya pengundi di Bakar Arang, Tan Wei Shu bukan lagi menjadi aset kebanggaan kepada mereka, sebaliknya dia adalah beban yang terpaksa digalas ke hulu dan ke hilir selagi dia bergelar Adun Pakatan Rakyat.

Kini bebanan telah dilepaskan, rakyat Kedah dan pengundi di Bakar Arang boleh menarik nafas lega sebab bebanan itu sudah beralih kepada BN kerana Tan Wei Shu mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas yang sudah pasti menyokong BN.

06 April 2010

PELAJAR MALAYSIA MAUT DI KAHERAH

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
31 Mustasyar Hafiz Badawi, Wisma Perak Hayyu Sabe' Mesir 4 April - Sekitar jam 12.15 PM tengahari tadi, satu kemalangan maut yang melibatkan seorang mahasiswa tahun tiga kuliah bahasa arab universiti Al-Azhar kaherah telah disahkan , mangsa kemalangan tersebut bernama Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin . Warga Wisma Perak kaherah dikejutkan dengan berita kemalangan ini. Lagi mengejutkan bila kematian Allahyarham diberitakan.
Kereta yang bertembung dengan motosikal mangsa
Motosikal yang dinaiki mangsa

Kejadian ini dimaklumkan berlaku di Hayyu Zohor sabe' mesir, berhampiran dengan imarah syurtah. Maklumat menyatakan, mangsa kemalangan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Al-Zahra' Abassiah, kerana Allahyarham mengalami cedera parah akibat dari kemalangan tersebut. Allahyarham disahkan meninggal oleh pihak hospital kira-kira jam 12.45 PM tengahari tadi. Jenazah diuruskan oleh pihak persatuan dan pihak kedutaan malaysia mesir.

Sehingga jam 3.30 petang, jenazah masih berada didalam hospital, untuk tindakan lanjut urusan mengeluarkannya yang melibatkan polis mesir. Lewat Jam 7.30 malam jenazah masih belum dapat dikeluarkan bersangkutan dengan masalah tasrikh. Jenajah insya'allah akan disembahyangkan pada esok hari. Esok akan diadakan Solat Jenazah Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin Bertempat di Dataran Hayyu Asyir, dijangka jam 10 pagi.
Maklumat lain, ibu kepada Allahyarham Hafizul Husna dalam perjalanan ke mesir untuk melihat anaknya buat tatapan kali terakhir. Ibu Allahyarham akan sampai ke mesir pada pagi esok, moga si ibu sempat ketemu anak tercinta sebelum dijenazah disemadikan.
Ibu saudara kepada Allahyarham juga berada dimesir, merupakan mahasiswi tahun empat beserta nenek/opah kepada Allahyarham juga berada dimesir. Opah kepada Allahyarham dimaklumkan merancang untuk pulang 20 April ini. Apapun, Moga pemergiannya Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan besersama insan-insan soleh diakhirat.

Sakaratul maut mengintai kita walau dimana kita berada. Oleh yang demikian, marilah bersama mengingati mati " zikrul maut " moga mengingatinya mampu menginsafkan diri kita, dan selanjutnya takut untuk bermaksiat dan alpa dengan kehidupan dunia.

Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web persatuan.

AL FATIHAH

Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Kisah si kaki tipu

Saya copy and paste cerita si kaki tipu yang tersiar dalam halaman N9 edisi bercetak Sinar Harian hari ni untuk rujukan akan datang. Adakah anda, sebagai seorang Muslim, memerlukan orang seperti itu menjadi pejuang agama anda? Mat Salon kata, one a liar always a liar:
Soo Nee dakwa Zul minta wang

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta.

Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.

“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.

Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.

Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.

“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.

Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.

“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:

Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.

“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.

Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.

Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka.

Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.

“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.

“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.

”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.

“Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.

Rosmah Pun Tumpang Sekaki Jadi Penyogok!!



Sogokan untuk pilihanraya Hulu Selangor sudah bermula! Sama ada ia sogokan dalam bentuk wang atau projek, namun sogokan tetap sogokan. Sogokan sebegini tidak pernah berlaku di negara-negara maju, kerana kerajaan negara-negara itu tidak memandang rendah tahap pemikiran rakyatnya.

Namun di negara ini, kerajaan menganggap rakyat Malaysia masih kurang pintar dan perlu disogok untuk mendapat satu undi. Kini semua jabatan kerajaan berlumba-lumba ke Kuala Selangor membawa projek mi segera. Dan terbaru kelmarin, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga tumpang se kaki untuk menyogok rakyat Kuala Selangor. Dalam temu bual dengan pemberita kelmarin, Rosmah berkata pihaknya bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.

Kononnya, perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut memang sudah ada, tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, projek itu terpaksa ditunda.

"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya. Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik.." kata Rosmah.

Ala..kak Ros...pendidikan yang terbaik bukan saja untuk penduduk Kuala Selangor, ia adalah untuk semua rakyat negara ini. Jadi tak payahlah dekat-dekat pilihanraya ini baru bercakap nak tolong rakyat Hulu Selangor. Kalau ikhlas nak tolong rakyat Hulu Selangor, buatlah dari dulu, buatlah semasa BN memerintah Selangor selama lebih dari setengah abad itu. Binalah 10 pusat Permata Negara pun di situ masa BN memerintah dulu, sapa pun tak kisah..

Janganlah dok tipu rakyat lagi. Ini zaman siber, bukan zaman Pak Pandir atau Lebai Malang....

~ pendikar gunung kriang

Peralat Agong : Antara NATANG dengan BN... Tak perlu bincang isu BN peralat Agong

Oleh - Abdul Aziz Bari

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan mengkritik Pakatan Rakyat kerana mengatakan bahawa Agong mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN). Akhbar tersebut menyifatkan pakatan pembangkang biadab.

Saya tidak pasti sama ada tuduhan akhbar itu benar atau tidak. Setahu saya akhbar-akhbar rasmi pembangkang seperti Harakah atau Suara Keadilan tidak berkata begitu. Paling teruk saya dengar ialah dakwaan BN memperalatkan Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu mingguan berkenaan telah memesongkan fokus yang sebenar. Mengatakan Agong diperalat BN dengan BN memperalat Agong lain kesannya.

Tetapi walau apa pun sebenar-nya, itu tidaklah sedahsyat kata-kata dalam demonstrasi anjuran UMNO Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008: Sultan dan istana dirujuk sebagai ‘binatang’.

Saya tidak berminat membin-cangkan hal-hal itu: ia sekadar menunjukkan senario sebenar. Saya hanya ingin menjelaskan apa yang undang-undang peruntuk-kan mengenai kedudukan dan peranan ketua negara dan negeri di dalam Dewan. Ini semua terpakai kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

04 April 2010

PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK BAGI MEWAKILI DUN KUALA KETIL



SABTU 3 APRIL,Kuala ketil,pemilihan pemain pasukan bola sepak piala YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah telah diadakan di padang awam kuala ketil kelmarin bermula jam 3 petang - 6 petang.

Menurut ketua AJK pemilihan pemain,cgu zaini (gambar tengah) merangkap Pengurusi SUKAN DPPB berkata,pemilihan ini untuk mewakili pasukan bagi DUN kuala ketil terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun- 25 tahun.seramai lebih 40 orang peserta mendaftar dan seramai 2o orang dipilih untuk mewakili pasukan tersebut.

YB Cgu Zuki Yusuf ADUN kuala ketil

kehadiran YB cgu zuki yusuf memeriahkan lagi suasana pemilihan tersebut.beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan mengharapkan kejayaan untuk DUN kuala ketil.

Jangan undi BN jika takut Apco (Yahudi Zionis)

Anda takut Apco yang didominasi Yahudi Zionis? Jika takut, jangan undi Barisan Nasional (BN) - tak kiralah di Hulu Selangor atau di mana-mana pun.

Apco sendiri yang kata antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai (lihat berita Harakah Daily 3/4/10 "Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan Apco").

Janganlah lupa, binatang pun pandai menjaga dan menyelamatkan dirinya dari bahaya dan ancaman. Jangan sampai kita lebih teruk dari binatang.

Selamatkanlah negara ini dari cengkaman Zionis, kini secara langsung ke atas negara ini setelah diangkut masuk oleh Najib! (Diilhamkan oleh posting Pak Karamu 4/4/10 bertajuk "Rakyat Malaysia tidak takut Apco?")

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com