RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

23 Januari 2010

Rakyat dibenar ziarahi jenazah Sultan mulai pagi ini




Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di Johor Baharu boleh diziarahi segenap lapisan rakyat mulai pagi ini.

Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam semalam, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga
10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari jaml 11pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

AL FATIHAH , TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN KDYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM



Dewan Pemuda PAS Baling dengan ini merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin

GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAH


Tuan Presiden sedang membentang tamrin

GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAH


yang hadir Penolong S/U, Bendahari,Ajk DPP Baling

 
Penulis-penulis blog dari pemuda negeri kedah


                                         Wakil Pas Kawasan Baling turut serta hadir

GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAH


Ketua Pemuda Pas Kawasan Baling dengan khusyuknya mendengar tamrin kepimpinan pas kedah.

kehadiran yang tidak disangka begitu ramai sampai x cukup kerusi

GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAh


DEWAN PEMUDA PAS BALING BERJAYA DAFTAR 245 AHLI BARU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November  2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS. Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.

Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat

Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.


Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali. Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling"

GAMBAR TAMRIN KEPIMMPINAN PAS NEGERI KEDAH

Pada 7 safar 1431 bersaman 23 Januari 2010
hari sabtu di Dewan Dato'.Haji Fadzil Noor Kompleks Pas Kedah

Negara Akan Bankrup Jika UBN Terus Memerintah

8 SafaR 1431H
Oleh Nash Array

Negara akan terus lingkup di bawah UBN . Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran wana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas !. Apa tidaknya pada pertengahan tahun lepas(2009) perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing . Bank negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32BILLION ! Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 TAHUN !

22 Januari 2010

Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.
Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.
"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Jawapan ‘Siapa Pembunuh Altantuya’ - Minggu Depan


Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku 'Siapa Bunuh Altantuya' diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.

Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.

"Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini," tegas Badrul Hisham.

Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor



Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan(Sinar Harian)
Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini)
Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider)

-Pejabat YB Khalid Samad-

21 Januari 2010

MB Kedah Jawab Fitnah Shafie Apdal


Dakwaan Kedah mundur tidak tepat: Azizan

ALOR SETAR: - Dakwaan yang mengatakan ekonomi negeri Kedah semakin mundur bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bersifat provokatif, untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap pimpinan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kenyataan itu juga menunjukkan ia dibuat secara melulu tanpa mengetahui perkembangan yang berlaku di negeri ini.

“Dua hari lalu saya berucap di hadapan Sultan Kedah mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri yang berjalan lancar dengan kestabilan politik yang memberi ruang untuk meningkatkan ekonomi Kedah. Malah saya turut mengumumkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera bagi memacu pembangunan negeri sehingga tahun 2015,” katanya kepada media, selepas pelancaran portal e-pengambilan tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), semalam.

Azizan mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kelmarin, yang mendakwa ekonomi Kedah semakin mundur sejak ditadbir pakatan pembangkang, termasuk tiada projek pembangunan baru dilaksana untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Azizan berkata, beliau tidak berhasrat untuk membariskan satu persatu perancangan yang sedang dalam pelaksanaan Kerajaan Kedah, tetapi kenyataan Mohd Shafie itu menunjukkan beliau tidak tahu menahu mengenai pembangunan dan perkembangan yang berlaku di Kedah.

18 Januari 2010

Laporan polis berhubung kebiadapan YB Hamidah Osman

03 Safar 1431H
Oleh: infodppsa

"Satu laporan polis telah telah dilakukan oleh Sdr Mohamad Jamil Bin Abdul Rahim selaku Ahli dan AJK PAS kawasan Shah Alam berhubung penyiaran gambar YB Khalid Samad yang di Super Imposed dalam blog YB Hamidah Osman. Antara fokus laporan adalah :

1. YB Hamidah dilihat mempunyai niat menghina parti berdaftar PAS dengan meletakkan logo PAS dalam gambar tersebut.

2. Menjatuhkan maruah pemimpin dan semua ahli PAS.

3. Memutarbelitkan isu kalimah Allah

4. Memberi peringatan kepada beliau agar menghentikan segala perbuatan dan memohon maaf kepada PAS

5. Menuntut agar beliau lebih merujuk kepada Ulama.

Kenyataan lisan beliau dapat diikuti menerusi
http://tvdppsa.blogspot.com




Kesemua Mayat Mangsa Perahu Naga Terbalik Ditemui

Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa ketika mengecam mayat Goh Yi Zhang, 17, yang ditemui pagi tadi di sini hari ini. Goh Yi Zhang adalah mayat ketiga ditemui dalam kejadian perahu naga yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar terbalik akibat dipukul ombak di kawasan perairan kira-kira 500 meter dari Pengkalan Weld di sini, hari Ahad. Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mayat mangsa iaitu guru mereka Chin Ai fai, 20-an dan pelajar Jason Ch'ng, 17. - fotoBERNAMA


PULAU PINANG:Kesemua enam mangsa tragedi bot karam di Pulau Pinang yang dilaporkan hilang semalam disahkan mati lemas dengan penemuan mayat dua lagi murid Sekolah Tinggi Chung Ling, Cheah Zi Jun, 17, dan Yong Xiang, 16, berhampiran Pangkalan Marina pukul 4.15 petang ini.


1Malaysia Cuci Motor Separuh Bogel..!

Aku tak tau pesta ni dekat mana tapi yang pastinya kalau korang perhati nombor plate motor tu "BFS 90". Plate Malaysia... korang pikir la sendiri..!

Mak Bapak Mengeluh berkenaan cut budget makanan asrama hari Jumaat/Sabtu



Keluhan rakyat yang Umno abaikan

Ramai Ibubapa yang anak mereka dihantar ke asrama di sekolah kerajaan bersungut dan mengeloh kerana tidak berpuas hati.

Macam mana mereka tidak berpuas hati - mereka terpaksa ambil balik anak-anak mereka diasrama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja kerana pihak sekolah hanya menyediakan makanan bagi murid-murid asrama.

Seorang ibu yang tinggal di Ipoh mengeluh bercampur geram kerana terpaksa mengambil anaknya yang berada diasrama sekolah yang berasingan.

"Betapa susahnya saya kerana terpaksa pergi ke dua tempat dalam satu hari yang sama - seorang di Bagan Serai dan seorang lagi di Teluk Intan.Pergi ambil dan hantar balik anak-anak setiap hujung minggu!" Keluh ibu lima anak yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai kerani biasa.
"Itu semua pakai duit; dengar tak lama lagi harga petrol akan dinaikan lagi, makin susahlah duduk bawah BN macam ini!"
Marah sungguh si Ibu bila mengenangkan soal perbelanjaan yang semakin menghimpit kehidupannya, rakyat gulungan pertengahan. Apatah lagi mereka yang sudah sedia susah yang hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat...

16 Januari 2010

Wajah-Wajah Usamah bin Laden

Orang ramai di Pakistan, khabarnya, percaya bahawa Usamah bin Laden selalu berada di bandar-bandar Pakistan. Dan, ada juga yang mendakwa pernah melihatnya di bandar Kab

Mereka mengatakan Usamah menggunakan pelbagai nama dan menyamar dengan beberapa wajah yang berlainan. Beliau juga, dipercayai, mempunyai berbagai jenis paspot bagi tujuan perjalanan ke merata tempat. Malah, mempunyai cap ibu jari yang berbeza.

Pas kutuk artikel Hamidah hina Islam

Pas Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang disifatkan sebagai menghina PAS dalam laman blognya.

Sehubungan itu satu laporan polis dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohamad Jamil Abbul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 10.30 pagi tadi.

Jamil berkata, tindakan Hamidah dalam laman blognya yang meletakkan logo parti Islam pada pakaian kebesaran agama Kristian ternyata menjatuhkan maruah dan moral pemimpin dan seluruh ahli serta penyokong Pas.

“Kita merasakan bahawa beliau dengan sengajanya menghina dengan meletakkan lambang Pas pada pakaian kebesaran agama Nasrani. Kita rasa perbuatan ini dengan sengaja ingin mencemarkan Parti Islam.

Drama: Dulu, Kini dan Selamanya...


Senang sangat nak baca taktik para penyokong totok dulu kini dan selamanya... Mula-mula mereka akan perbesarkan isu dengan bantuan akhbar arus perdana, kemudian... mereka akan gunakan NGO-NGO yang telah dicucuk hidung untuk berdrama. And then, akan guna kutu-kutu berahak untuk buat kerja-kerja kotor mereka.

Begitulah yang berlaku dalam isu nama Allah. Setelah melakonkan aksi ganas dengan menggunakan api untuk mempamerkan kemarahan mereka, kini mereka gunakan pulak cat merah. Mangsa mereka ialah gereja-gereja. Banyak gereka telah dibakar... dan setelah itu mereka gunakan pulak cat merah untuk simbah gereja.

Mengapa cat merah??

Gambar dari Negara Maju

  Atas adalah seorang dari rakyat sebuah negara maju. Kaya dan tak ada yang miskin, kunun!


Bawah ialah sekeluarga dari rakyat di Asia. Belum kaya dan tak akan hidup senang.

Sumber gambar bawah di sini.

2 comments:


Hasbullah Pit January 15, 2010 10:48 PM  

Negara maju tandasnya bersih?

Dr. Abdul Wahab Arbain January 16, 2010 12:54 AM  

Salam Hasbullah,
Betul. Ada yang lebih bersih dari bilik tidur sesetengah bangsa.

Tasyrif Hanya Kambing Hitam


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis menahan seorang pelajar yang didakwa memulakan tulisan berniat mendatangkan gangguan di laman social Facebook.com.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pelajar itu umpama kambing hitam yang sengaja diciptakan oleh kerajaan demi membayangkan gagasan itu menjalankan amanah yang diberi rakyat.

15 Januari 2010

Alahai Kedah ...Ada Lagi Yang Dok Gila Jawatan Rupa-Rupanya..!!

Hijau Kuning Negeriku: macam-macam dok ada

Dua tiga hari lepas, sempurnalah sudah perlantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kedah.

Harap depa yg dilantik itu akan buat kerja masing-masing dan yg tidak dilantik serta masih dok rasa tak puas hati tu, terimalah dengan dada yg terbuka. Alah, jawatan ahli majlis ni bukan hebat tara mana pun - mcm jawatan AJK PIBG saja - takat boleh suarakan pendapat dan masalah ja, bukan boleh buat apa pun; kalau nak bangga pun cuma takat boleh gah sebab ada lambang/lencana "Ahli Majlis" kat plet kereta saja. Kalau tak dak "lencana" tu tak ada apa haih yg specialnya pasal Ahli Majlis ini. Jadi, hat yg tidak dilantik semula atau dok aim tak dapat tu, jgn dok rasa ralat sangatlah.

Saya pun heran juga sebenarnya, bila kita dok baca dlm Sinar Harian, dok tengok dlm blog, dok dengar org sembang kat tempat kerja, kat surau dsg bab depa dok berebut nak jadi Ahli Majlis ni, heranlah jugak.

Umno akan gagal jatuhkan Nik Aziz - Zaid Ibrahim


 

PETALING JAYA, 15 Jan: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yakin Umno akan gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.
"Umno mungkin boleh menjatuhkan saya atau Datuk Seri Anwar tetapi saya tidak fikir dia akan mampu berbuat perkara yang sama kepada Tok Guru Nik Aziz," kata Zaid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Wawancara itu diadakan di rumahnya dekat Tropicana pagi tadi oleh wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria dengan dibantu oleh Shukri Mohamad sebagai juru kamera.

Wawancara itu merangkumi pelbagai isu dari penubuhan parti Pakatan Rakyat, Dasar Pakatan Rakyat, sejarah beliau yang pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud serta masa depan Pakatan.

Wawancara penuh akan disiarkan selepas ini dalam bentuk teks dan juga video.

Dalam wawancara itu, Zaid ditanya kenapa beliau mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin atau spiritual leader untuk Pakatan Rakyat.

Menurut Zaid, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang dikehendakli oleh Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Saya tidak dapat nafikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua pebangkang adalah bakal Perdana Menteri kita jika Pakatan berjaya mengambil alih Malaysia tetapi untuk spiritual leader, sebagaimana yang dimainkan oleh Gandhi di India, saya rasa Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Beliau bersetuju, ekoran cadangan dan isu-isu berkaitan dengannyalah Nik Aziz dan Kelantan kini menjadi sasaran Umno dan medianya khasnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Umno akan gagal," kata Zaid.

Namun begitu beliau berharap isu di Kelantan sekarang dapat diselesaikan segera.

Bagi beliau, dengan kewangan besar yang bakal dimiliki Umno melalui wang ehsan, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bimbang juga.
Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria foto Shukri Mohamad   

Kalimah Allah: Pelajar ASWARA Guna Facebook Didakwa


ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain lima hari lalu.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin. Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

DAULAT TUANKU

Assalaamualaikum.

terharu anaunited bila kerabat diraja mengimamkan solat.lebih2 lagi bila pemangku raja kelantan jadi imam solat hajat bersama rakyatnya.

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium

M Faqih Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

14 Januari 2010

barua umno buat hal lagi kt depan masjid

Eleh... tak sakit pun!! barua umno buat hal lagi kt depan masjid kenapa x riuh kt brita perdana depa.celaka sungguh umno 


Fuuiyoo.... tak ku sangka begitu kuat penangan Khalid Samad ke atas puak-puak gila meroyan tentang isu penggunaan nama 'Allah' sehingga sanggup bertindak macam...., macam.... Isy, tak tau nak bagi perbandingan macam mana dah. Ya Allah... teruknya kelaku mereka.

Umno lebih dahsyat lagi `peralat' polis

28 Muharram 1431H
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Jika polis boleh ‘dipermain’ oleh seorang pelajar berumur 19 tahun, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik yang tersepit, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas tindakan polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main", beliau bimbang "kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang".

"Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dengan prebet sahaja. Yang di atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet," katanya.

HIMPUNAN SUKARELAWAN PEMUDA PAS


Banner Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS


Pemuda Baling berkunpul di masjid Parit Panjang seawal 7.30 pagi



Bacaan doa sebelum bertolak...

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com