Puak pro-Umngok yang memakai nama Sedaq ini tidak puashati kerana kerajaan negeri PR yang diterajui oleh Guan Eng lebih memberi perhatian terhadap pembangunan Islam berbanding ketika BN berkuasa dahulu. Contohnya ketika BN berkuasa pada tahun 2007, bajet 2008 yang diluluskan untuk Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP) adalah sebanyak RM12.5 juta saja. Tapi selepas Pulau Pinang diambil alih oleh PR, peruntukan untuk MUIPP telah ditingkatkan kepada RM20.5 juta dalam bajet 2009. Seterusnya dalam bajet 2010 pula, peruntukan MUIPP telah ditambah kepada RM24.3 juta. Ini yang membuat puak pro-Umno tu naik bengang kerana masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro- Melayu berkuasa, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam cuma RM12.5 sahaja, tetapi bila ia diperintah oleh PR yang dilabel sebagai anti-Melayu, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam meningkat dan terus meningkat hampir 100% pada 2010.
ii) Puak pro-Umno juga tidak berpuashati kerana kerajaan PR mengambil lebih banyak tindakan terhadap peniaga Cina yang melanggar undang-undang berbanding ketika kerajaan BN berkuasa dahulu yang lebih banyak mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Mereka berharap Guan Eng yang dilabel anti-Melayu itu banyak bertindak menganiayai peniaga Melayu supaya dapat dijadikan modal bahawa DAP menindas Melayu, tetapi malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Ini yang membuat mereka bengang. Perangkaan jumlah peniaga yang diambil tindakan mengikut kaum yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang menceritakan hal ini:
RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45)
"Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153)
"Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)
06 Februari 2010
2 enjin jet TUDM dicuri ditemui semula di Uruguay??
Dua enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, yang dicuri tiga tahun lalu, telah ditemui semula dengan kerjasama kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kedua-dua enjin itu diperoleh semula selepas sebulan anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat swasta didakwa.
Gani berkata kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E.
Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.
"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Gani berkata kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.
Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.
Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, kata beliau.
Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.
Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
PAS Pertahan Kerajaan Pulau Pinang
Peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.
"Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
"Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.
Perak : Zambry dan kuasa kopi-o
PKR Gerik, Friday, February 5, 2010
Kuasa merestui pelantikan seorang Menteri Besar ada pada Sultan tetapi kuasa memecat tidak ada.Itulah apa yang tertera di dalam perlembagaan. Itulah yang berlaku di Terengganu dan Perlis ketika rayuan Abdullah Ahmad yang mahukan Idris Jusoh dan Shahidan Kasim ditolak oleh istana.
Genap setahun Zambry Kadir menerajui sebuah kerajaan secara pintu belakang. Akan berterusankah dia dengan 'kuasa kopi' itu selepas 9 Februari ini ?
Penduduk Perak rata-rata secara sinis mahukannya menyertai parti politik Makkal Sakthi yang diwujudkan Najib Razak.
Dikatakan Makkal Sakthi adalah parti pemimpin dan bukan parti rakyat.
Malang, Zambry bukan orang Najib. Kita tunggu dan lihat sejauh mana lagi 'pentadbiran kopi'nya itu akan berpanjangan.
BERNAMA BERBOHONG: TOK GURU KATA LAIN!!!
Artikel di bawah adalah diambil dari blog ZainulFaqar. Saya difahamkan Zainulfaqar ada sewaktu Tok Guru memberikan ucapan perasmian kepada program Forum Kalimah ‘Allah’ di Kota Baru baru-baru ini.
BERNAMA pula melaporkan kononnya Tok Guru menyokong agenda Muzakarah. Apabila rahsia mereka pecah, BERNAMA menukar cerita mereka. Artikel asal mereka boleh baca di bawah sekali. Artikel baru mereka boleh baca di sini
Rupanya Tok Guru mahu UMNO mempunyai minda yang terbuka supaya boleh berdialog SECARA TERBUKA dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.
Ini jauh dari bentuk MUZAKARAH/Perjumpaan dalam Gelap yang diadakan dengan Pak Lah dan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS yang telah menipu ahli2 mereka.
Selamat membaca.
Tulang Besi
Nik Aziz ajak berdialog, supaya Umno kembali pada Islam!
MENTERi Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyuarakan niat supaya PAS dan Umno boleh berdialog atas kepentingan Islam, sebagaimana yang telah pun dilakukan dalam Forum Kalimah ‘Allah’ yang melibatkan tokoh-tokoh dari agama Islam, Kristian dan Buddha.

MESTI BACA : Keterangan Sailful Akan Diuji Isnin Ini
Saiful Bukhari Azlan hari ini selesai memberi keterangan utama untuk pihak pendakwaraya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sekali lagi Saiful cuba memberi gambaran beliau adalah mangsa dan bukannya Anwar.
Saiful berkata beliau bertekad meletak jawatan sebagai pembantu Anwar kerana tidak mahu diliwat lagi.
Namun Saiful kemudian mengaku beliau menerima pertolongan daripada Anwar dan terus bekerja dengan Ketua Pembangkang itu tanpa di paksa.
Saiful juga mengaku tidak berterus terang dengan Anwar mengenai pertuduhannya itu sebagai punca dia mahu berhenti kerja.
Sebaliknya beliau tetap menerima tawaran Anwar untuk mendapatkan penaja bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya.
Perbicaraan hari ini bersambung secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
04 Februari 2010
Kenapakah Kisah Juboq Yang menjadi tajuk Utama Surat Habaq Pencacai..???
Oleh AnakKedah007

Eishhhh Pada agak aku laa kes liwat anwar nie target utama mereka just nak siarkan penglipurlara dalam mahkamah tu kat surat habaq ja kot... jika dilihat pada hari pertama apa yg diceritakan oleh saiful tu yg di highlight kan oleh surat2 habaq balaci nie...
Mungkin atas sebab-sebab inilah peguam anwar mintak kes nie di bicarakan secara tertutup.. bukan apa ini yg dikeluarkan dah dipaparkan cuma hujah dah kata-kata saiful sahaja jadi biarkanlah dia nak cakap apa pon...sedangkan apa yg di ucapkan tu belum lagi dibuktikan betul atau salah... TETAPI surat habaq dah highlightkan besaq2 dok tajuk depan umpama apa yg dikatakan itu dah berlaku...
Seandainya yang dipaparkan tu sama berat kedua belah pihak tidak mengapa tetapi cerita2 si Saiful sahaja diperbesakan..dimana cerita hujah2 peguam anwar..tak nampak pon... seperti macamana ayaq mani ada dalam juboq sampai 2 hari..tak berak ka mamat tuu...dan macamana boleh ada kata juboq dia kena paku berkali-kali tetapi 4 doktor mengesahkan tak ada tusukan benda keras pon dalam juboq dia... benda nie tak dipaparkan pon dalam surat habaq...
Target utama dilihat adalah untuk menjatuhkan maruah anwar nie serendah-rendah mertabatnya... dah lihatlah dunia betapa hinanya si anwar yang hangpa puja-puja nie...
Maka strategi ini akan berjaya untuk meyakinkan akan penyokong2 totok BN/UMNO bahawa si anwar nie lah seorang kaki liwat tak caya cuba baca surat habaq Utusan Meloya tuu...penyokong totok nie adalah yg terima bulat-bulat ja apa yg Surat Habaq & TV suapkan... Golongan2 inilah yang akan terus memberikan sokongan padu kepada BN/UMNO sebab depa percaya apa yg dibaca dan di tonton itu...
Jadi pada aku baiklah perbicaraan ini dilakukan secara tertutup semoga tak lagi keluaq cerita2 yg mengarut kat surat habaq dan TV yg dok ada bawah kawalan regim BN/UMNO nie... hangpa bicaralah sepanjang mana pon...kami nak tau siapa salah dan benaq jaa.. tak payah la dok cerita juboq hang juboq aku kat org ramai..masing2 dah ada juboq sendiri dah hangpa kelebek la puas2nya...

KISAH PUNGKOQ JADI TAJUK UTAMA
SURAT HABAQ PENCACAI...

MALAM KESENIAN BELIA SEJAHTERA BALING 2010
Bertempat di Padang Awam Keda, Kupang. Majlis turut diserikan oleh kumpulan nasyid seperti ZULFAN dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN), & Kumpulan Ar-Rays (Dikir Hijrah) dari Kelantan.
YB-YB kita pun sporting juga naik pentas...Pada malam itu juga YB Dr Hj Hamdan turut menyampaikan bantuan peralatan sukan seperti bola, takran dan net untuk aktiviti riadah pemuda-pemuda cawangan. Terima kasih kerana memilih Baling.

AJK ICT...Usop..rakam sampai habis ya...syukran..

ICT DPPB antara yang sibuk pada malam tu..takut skrin x kluar gambar..jangan langgar wayar yer....penonton bukan main ramai..sampai penuh di depan meja ICT.

Merakam detik-detik berharga...terima kasih kerana membantu ICT

Jumlah pengunjung dianggarkan 10 ribu lebih....

Ok sama-sama kita berselawat..semoga Allah memberi ganjaran yang baik untuk kita semua. YB Cg Johari Abdullah pun boleh nasyid juga.

Ok sila YB...ana bagi peluang tunjuk bakat..Harap maaf sekiranya ada kesilapan dan kelemahan sepanjang penganjuran.

Pak Long sibuk melayan peminat cilik...Pak Long menyanyikan lebih kurang 7 lagi seperti Al Jannah..Baju Kurung, Selagi ada rindu, Cinta Pantai Merdeka, Asma Al-husna dan beberapa lagu acapella..
Kumpulan Ar-Rasy dari Kelantan..1 kotak cd album habis dijual..RM 10 jer satu..hiburan melalui dikir barat..satu lagi inovasi dalam hiburan..menarik lagu mama mama..saye ko mama, mama mama....saye sebena....
Persembahan sola sdr Azhan berjaya memukau penonton sehingga 12.00 tgh malam. lunak suara memberi mesej dalam hiburan..
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
20 Safar 1431H
Email : Yanieda Imran
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Email : Yanieda Imran
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
02 Februari 2010
TERKINI : Kes Anwar-Saiful Ditunda Jam 2.30 Petang Ini
Kes liwat 2 yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini ditunda ke pukul 2.30 petang.
Penundaan itu dibuat sementara menunggu arahan dari Mahkamah Persekutuan selepas permohonan difailkan oleh Peguam Karpal Singh, supaya semakan dibuat ke atas keputusan mahkamah minggu lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tambahan bagi membantunya mempertahankan diri terhadap tuduhan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di sebuah kondominium setahun lalu.
Anwar dilihat keluar dari bangunan mahkamah jam 10.15 pagi tadi dengan disambut laungan REFORMASI oleh para penyokongnya.
Tepat jam 9 pagi tadi, Anwar telah melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan adik-adiknya Nurul Hana & Nurul Iman.
Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.

Ramlang Porigi Kembali, Sayfool Bergegar Lagi
PKR Gerik, Monday, February 1, 2010
Sudah lama tak dengar nama Ramlang Porigi, mantan Imam Masjid Negeri Wilayah Persekutuan yang pernah menjadi saksi sumpah laknat Sayfool Bukhari dulu. Malam ini Ramlang dikabarkan akan muncul di Temerloh, Pahang untuk mengimamkan solat hajat perbicaraan kes fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim yang akan didengar di Mahkamah Tinggi esok.Sekali sekala bila nama mantan Imam itu muncul, ia menjadi badi yang meresahkan banyak pihak. Yang paling tidak suka dengar nama Ramlang pastinya orang yang buat sumpah laknat yang sangat kelakar itu....
~ pendikar gunung kriang
Rakyat sedang menilai PAS & PR
oleh Seri
Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?
Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.

24 Januari 2010
23 Januari 2010
Rakyat dibenar ziarahi jenazah Sultan mulai pagi ini
Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di Johor Baharu boleh diziarahi segenap lapisan rakyat mulai pagi ini.
Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam semalam, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga
10.30 pagi.
"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari jaml 11pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

AL FATIHAH , TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN KDYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin
GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAH
yang hadir Penolong S/U, Bendahari,Ajk DPP Baling
Penulis-penulis blog dari pemuda negeri kedah
Wakil Pas Kawasan Baling turut serta hadir
GAMBAR TAMRIN KEPIMPINAN PAS NEGERI KEDAH
Ketua Pemuda Pas Kawasan Baling dengan khusyuknya mendengar tamrin kepimpinan pas kedah.
kehadiran yang tidak disangka begitu ramai sampai x cukup kerusi
DEWAN PEMUDA PAS BALING BERJAYA DAFTAR 245 AHLI BARU
Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November 2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS. Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.
Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat
Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.
Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali. Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling"

Label: jom sertai PAS, Pemuda Baling
Langgan:
Catatan (Atom)