RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

29 Januari 2011

Ya Allah, jangan biarkan anak-anak kami dibunuh seperti mereka!

Dalam kempen pilihan raya kecil Tenang, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menghina perintah Allah dengan sikap sinisnya terhadap hukum potong tangan yang terkandung dalam Surah al-Maidah, ayat 38. Hukum tersebut telah jenuh menjadi mangsa persendaan dan penghinaan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Meskipun begitu, hukum potong tangan hanya boleh dijalankan setelah yang terdakwa didapati bersalah tanpa keraguan dalam perbicaraan. Itu yang ditetapkan dalam syari'at.

Tetapi A Kugan terbunuh tanpa perbicaraan. Saya tak tahu sama ada dia bersalah atau tidak. Dah tak dibicarakan, mana nak tahu dia salah atau tidak. Yang pasti, dia terhukum tanpa dibicarakan. Berikut ialah laporan doktor mengenai kematiannya (bagaimana nasib doktor itu sekarang, saya tak tau):
The second post-mortem performed on A. Kugan shows he died from being repeatedly beaten. The post-mortem, which was conducted by Dr Prashant N. Samberkar, a pathologist attached to the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), also shows that Kugan had multiple burn marks. These V-shaped burn marks are believed to have been caused by a hot iron.

The post-mortem also found 42 other marks, burns and contusions from the sole of his feet right up to his head. Dr Prashant declared that, based on the post-mortem, Kugan was beaten so badly his tissues broke down and his kidneys failed.

Dr Prashant also found that Kugan had suffered haemorrhaging in his trachea, chest, spleen, stomach, the back of his neck and spine, and there were also signs of haemorrhaging in his heart. The soles of his feet had many bruises caused by beatings and he also suffered blunt trauma to his skull (baca selanjutnya di sini dan lihat video-video di sini).
Semalam, akhbar melaporkan orang yang dituduh membunuh Kugan telah dibebaskan. Sikit pun saya tak terkejut. Saya juga tak akan terkejut jika orang yang dituduh membunuh Aminulrasyid Amzah dibebaskan. Hampir tak ada lagi yang memeranjatkan.

Saya merayu sungguh-sungguh agar Allah s.w.t. melindungi anak-anak saya dan anak-anak anda dari dibunuh seperti mereka, bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com