RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

18 November 2009

Pas Kedah siap sedia hadapi pilihan raya




ALOR SETAR - Pas Kedah sudah bersiap sedia dengan calon bagi menghadapi pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang akan mewakili parti itu adalah pemimpin tempatan yang mendapat sokongan penduduk Kota Siputeh memandangkan kawasan itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan agak sukar untuk menembusinya.

“Saya akui Kota Siputeh adalah kubu kuat BN, bukan mudah untuk kita tawan, tetapi Pas Kedah akan berusaha secara demokrasi untuk mencipta kemenangan,” katanya pada sidang media, selepas membentangkan Bajet 2010 di DUN, semalam.

Bagaimanapun, ia masih terbuka dan sedia menerima cadangan daripada penduduk Kota Siputeh mengenai calon yang layak untuk mewakili mereka dalam pilihan raya kecil itu kelak.

“Kita akan adakan mesyuarat bersama Pas Jerlun supaya mereka dapat mencadangkan calon yang layak. Lebih penting ialah tokoh itu mesti disukai semua penduduk tempatan,” katanya.

Azizan berkata, setelah memutuskan calon di kawasan itu, jentera Pas akan mula melakukan gerak kerja kerana parti itu tidak pernah memenangi kerusi berkenaan.

“Cuma dua kali sahaja Pas menang di situ, Itu pun hanya kerusi Parlimen pada tahun 1969 dan 1999,” katanya.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang mengisytiharkan Abu Hassan Sarif kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh walaupun tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut, Menteri Besar Kedah itu tidak menyalahkan keputusan SPR kerana masing-masing mempunyai tafsiran berbeza.

“SPR bukannya tidak telus, cuma saya berpendapat masing-masing ada tafsiran sendiri dan menjalankan bidang tugas masing-masing. Selepas ini, eloklah kita tumpu pada bidang tugas masing-masing supaya tidak timbul lagi kecelaruan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com