RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

20 November 2009

Konvoi Syahadah Memali Dan Ceramah Perdana

19 November 2009,Seramai lebih kurang 100 orang lebih pemuda baling berkonvoi dengan 50 buah motor dan 30 buah kereta diketuai ketua Dewan Pemuda Pas Kedah.Konvoi tersebut deberi nama konvoi Syahadah Memali sempena mengenang peritiwa berdarah di Kg.Memali.

Konvoi tersebut bermula Jam 5.45 petang hari khamis di Masjid Kg.Parit Panjang.Sebelum peserta konvoi bertolak ke kg.memali,semua peserta konvoi sempat menziarahi kubur syahadah Memali di tanah perkuburan Islam Kg.Parit Panjang.

Sebelum peserta bertolak ke Kg.Memali,peserta diberi taklimat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahaya.Dengan Laungan takbir,peserta pun mula bertolak pada jam 6.10 petang.

Tepat jam 6.55 petang peserta sampai ke Kg.Memali dan berkumpul di Madrasah Islahiah Kg Memali Baling.Semua menunggu waktu solat maghrib dan bersolat berjemaah.Majlis diteruskan dengan solat hajat dan bacaan tahlil untuk dihadiahkan pahala tersebut kepada roh-roh mujahadah memali serta muslimin dan muslimat yang meninggal dunia.
Selepas solat isyak majlis diteruskan dengan Ceramah perdana yang bertajuk "MEMALI DIFITNAH LAGI"

Ribuan hadirin membanjiri seawal jam 8.45 malam.Penceramah dimulakan ucapan aluan oleh Yang Berhomat Senetor Ustaz Yusuf Husin.Seterusnya ucapan Ketua DPPNK Ustaz Ahmad Yahaya.Majlis diceriakan dengan ceramah jemputan seorang kanak pasti yang berusia 7 tahun.Majlis diteruskan dengan ucapan timbalan Ketua DPP Pusat,ucapan Ketua DPP Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi.Seterusnya ceramah dari Haji Mohamad Sabu selaku AJK Pas Pusat.

Majlis bersuarai tepat jam 12.00 malam.

18 November 2009

Pas Kedah siap sedia hadapi pilihan raya




ALOR SETAR - Pas Kedah sudah bersiap sedia dengan calon bagi menghadapi pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang akan mewakili parti itu adalah pemimpin tempatan yang mendapat sokongan penduduk Kota Siputeh memandangkan kawasan itu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan agak sukar untuk menembusinya.

“Saya akui Kota Siputeh adalah kubu kuat BN, bukan mudah untuk kita tawan, tetapi Pas Kedah akan berusaha secara demokrasi untuk mencipta kemenangan,” katanya pada sidang media, selepas membentangkan Bajet 2010 di DUN, semalam.

Bagaimanapun, ia masih terbuka dan sedia menerima cadangan daripada penduduk Kota Siputeh mengenai calon yang layak untuk mewakili mereka dalam pilihan raya kecil itu kelak.

“Kita akan adakan mesyuarat bersama Pas Jerlun supaya mereka dapat mencadangkan calon yang layak. Lebih penting ialah tokoh itu mesti disukai semua penduduk tempatan,” katanya.

Azizan berkata, setelah memutuskan calon di kawasan itu, jentera Pas akan mula melakukan gerak kerja kerana parti itu tidak pernah memenangi kerusi berkenaan.

“Cuma dua kali sahaja Pas menang di situ, Itu pun hanya kerusi Parlimen pada tahun 1969 dan 1999,” katanya.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang mengisytiharkan Abu Hassan Sarif kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh walaupun tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut, Menteri Besar Kedah itu tidak menyalahkan keputusan SPR kerana masing-masing mempunyai tafsiran berbeza.

“SPR bukannya tidak telus, cuma saya berpendapat masing-masing ada tafsiran sendiri dan menjalankan bidang tugas masing-masing. Selepas ini, eloklah kita tumpu pada bidang tugas masing-masing supaya tidak timbul lagi kecelaruan,” katanya.

HARI RAYA AIDULADHA 1430

 


Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA


PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

PADA 13 NOVEMBER  PAGI JUMAAT JAM 1-2 PAGI


Susah juga hendak mencari pemimpin berjiwa rakyat.Tetapi didalam kesusahan mencari pemimpin berjiwa begini,ana terasa terpanggil menulis bahawa ana sendiri bersama YB cikgu Johari serta kawan2 meredah banjir dikawasan YB sendiri iaitu di kampung Kemangi kupang baling.
YB dengan berjiwa rakyat sanggup turun melihat kawasan banjir ketika itu waktunya sekitar jam 1-2 pagi.Adakah ketika itu waktu orang tidur?.sepatutnya YB perlu berehat selepas letih siang hari dengan program2 sebagai wakil rakyat.
Sebelum YB meredah banjir,YB telah mendapat panggilan telifon dari mangsa banjir.Tanpa banyak alasan YB terus bergegas ketempat melanda banjir.


YB besama panduduk kampung kerumah mangsa banjir


sempat bergambar bersama mangsa banjir




YB menunjuk tahap air bah

Terima Kasih YB.

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com