| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatihah." tulisnya di Twitter. |
RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45)
"Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153)
"Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)
17 Julai 2011
20 Jun 2011
KABINET BARU PERHUBUNGAN PAS KEDAH SESI 2011-2013
Dicatat oleh DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH on Ahad, 19 Jun 2011
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang diadakan pada jam 3.15 petang tadi telah melantik kabinet baru bagi menerajui PAS Kedah bagi sesi 2011-2013.
Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Dr Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya III : Ust. Hj Mat Isa bin Shafie
Setiausaha : Ust. Musoddak bin Hj Ahmad
Bendahari : YB Dato' Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah
Ketua Penerangan : Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pengarah Pilihanraya : YB Haji Muhammad Yusuf bin Husin
Penolong Setiausaha I : Ust. Mohd Aizat bin Zakaria
Penolong Setiausaha II : Hj Sobri @ Mutalib bin Awang
Penolong Setiausaha III : Kapten (B) Zamri bin Ibrahim
Ketua Dewan Ulamak : Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat : YB Aishah binti Ghazali
Setiausaha Dewan Ulamak : Ust. Hj Mohd Zainol Asri bin Ramli
Setiausaha Dewan Pemuda : Ust. Mohd Rosli bin Azmi
Setiausaha Dewan Muslimat : Ustazah Fatimah binti Wan Teh
Ahli Perhubungan Yang dilantik
1. Rosli bin Darus
2. Ust. Abu Kassim bin Abdullah
3. Sheikh Ismail bin Kamis
4. Tuan haji Che Had bin Dhali
5. Tuan Haj Mat Akhir bin Talib
6. Fadzil bin Baharum
7. Dr Rohani bin Abd. Mutalib
YDP dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan
Langkawi
YDP : Zubir bin Ahmad
Setiausaha : Yusuf bin Abdullah
Jerlun
YDP : YB Ust Hj Abd Ghani bin Ahmad
Setiausaha: Azhar bin Ibrahim
Kubang Pasu
YDP : YB Dato' Dr. Hj Abd Isa bin Ismail
Setiausaha: Ust Mohd Yusuf bin Ahmad
Padang Terap
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
Setiausaha: Ust. Mohd Azam bin Abd Aziz
Pokok Sena
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
Setiausaha: Zuhairi bin Zubit
Alor Setar
YDP : YB Dr Ismail bin Salleh
Setiausaha: Hj Adnan bin Saad
Kuala Kedah
YDP : YB Dato' Hj Phahrolrazi bin Zawawi
Setiausaha: Hj Aris bin Awang
Pendang
YDP : YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul
Setiausaha: Ust. Fadhil Mohd Noor bin Sahani
Jerai
YDP :YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
Setiausaha: Muzaini bin Azizan
Merbok
YDP : YB Dato' Dr. Hamdan bin Mohamed Khalib
Setiausaha: Hj Halim bin Abdullah
Sungai Petani
YDP : YB Hj. Abdullah bin Jusoh
Setiausaha: Khairun Nizar bin Hj Ismail
Sik
YDP : YB Che Uda bin Che Nik
Setiausaha: Anuar bin Che Omar
Baling
YDP : Tuan Guru Hj Abd Wahab bin Hasan
Setiausaha: Ust Hassan bin Saad
Padang Serai
YDP : Hj Fauzi bin Tahir
Setiausaha: Badrol Hisyam bin Yusuf
Kulim/Bandar Baharu
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd Razak
Setiausaha: Arshad
25 Februari 2011
Memang Tepat: "Malaysia Boleh Ghaddafi Tak Boleh"


Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'Gema laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh' bergema di depan kedutaan Libya di ibunegara petang tadi, apabila sekumpulan rakyat negara itu berhimpun membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi.
Kira-kira 50 rakyat Libya itu muncul selepas tiga pemimpin Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kedutaan itu pada kira-kira jam 2.45 petang.
Mereka berhimpun di situ selama kira-kira 15 minit mulai jam 2.50 petang sambil membawa poster dan melaungkan antaranya, 'Gaddafi musuh Allah', kemudiannya diikuti dengan laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'.
Sebelum itu, kira-kira 70 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta NGO berarak ke Kedutaan Libya di ibunegara selepas solat Jumaat, bagi membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi ke atas rakyatnya.
Bagaimanapun, mereka menghampiri kedutaaan tersebut, mereka dihalang oleh anggota polis yang berkawal di situ.
Selepas berunding seketika, pihak polis membenarkan lima orang untuk ke kedutaan tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan.
Manakala yang lainnya berpatah balik ke Masjid Tabung Haji yang terletak berdekatan di situ.
Antara mereka yang dibenarkan masuk ialah dua ahli jawatankuasa pusat PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta Mohamad Sabu. Turut sama ialah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Annuar Ahmad Zainuddin.
Setibanya di jalan masuk ke kedutaan tersebut mereka disertai oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dan setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.
Selepas sekali lagi berunding dengan anggota polis yang berkawal di situ, tiga orang - Nurul Izzah, Syed Azman dan Mohamad Sabu - dibenarkan masuk kira-kira jam 2.45 petang, untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada timbalan duta.
Menurut Syed Azman, memorandum itu adalah Gabungan Rakyat Malaysia yang diwakili oleh PAS, PKR, PSM dan 30 NGO, mendesak supaya dihentikan pembunuhan orang awam serta diadakan pilihan raya bebas bagi memenuhi aspirasi rakyat Libya. -mk
Lagi gambar2 dalam FB
Memang Tepat: "Malaysia Boleh Ghaddafi Tak Boleh" , at 25.2.11,


Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'Gema laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh' bergema di depan kedutaan Libya di ibunegara petang tadi, apabila sekumpulan rakyat negara itu berhimpun membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi.
Kira-kira 50 rakyat Libya itu muncul selepas tiga pemimpin Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kedutaan itu pada kira-kira jam 2.45 petang.
Mereka berhimpun di situ selama kira-kira 15 minit mulai jam 2.50 petang sambil membawa poster dan melaungkan antaranya, 'Gaddafi musuh Allah', kemudiannya diikuti dengan laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'.
Sebelum itu, kira-kira 70 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta NGO berarak ke Kedutaan Libya di ibunegara selepas solat Jumaat, bagi membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi ke atas rakyatnya.
Bagaimanapun, mereka menghampiri kedutaaan tersebut, mereka dihalang oleh anggota polis yang berkawal di situ.
Selepas berunding seketika, pihak polis membenarkan lima orang untuk ke kedutaan tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan.
Manakala yang lainnya berpatah balik ke Masjid Tabung Haji yang terletak berdekatan di situ.
Antara mereka yang dibenarkan masuk ialah dua ahli jawatankuasa pusat PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta Mohamad Sabu. Turut sama ialah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Annuar Ahmad Zainuddin.
Setibanya di jalan masuk ke kedutaan tersebut mereka disertai oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dan setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.
Selepas sekali lagi berunding dengan anggota polis yang berkawal di situ, tiga orang - Nurul Izzah, Syed Azman dan Mohamad Sabu - dibenarkan masuk kira-kira jam 2.45 petang, untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada timbalan duta.
Menurut Syed Azman, memorandum itu adalah Gabungan Rakyat Malaysia yang diwakili oleh PAS, PKR, PSM dan 30 NGO, mendesak supaya dihentikan pembunuhan orang awam serta diadakan pilihan raya bebas bagi memenuhi aspirasi rakyat Libya. -mk
Lagi gambar2 dalam FB
01 Februari 2011
http://www.eperjuangan.com/
Himpunan Solidariti Ummah Jumaat Ini.
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan seluruh Ngo antaranya ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain [ 71 Ngo ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lainnya akan menganjurkan satu himpunan besar - besaran iaitu :
Himpunan Solidariti Ummah pada hari Jumaat jam 2 petang [ 4 Feb 2011 ] di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak .
2. Hari ini satu memorundum telah diserahkan kepada kedutaan Mesir tetapi malang pihak kedutaan enggan menerima memorundum kami dan akhirnya memorundum tersebut terpaksa dimasukkan kedalam peti surat kedutaan itu.
3. Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menuntut perubahan di negara mereka .
4. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita.
5. Tempat berhimpun ialah di 2 lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan yang akan disuarakan oleh pimpinan - pimpinan kita seperti Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda sebelum berarak ke kedutaan Amerika.
Pertama : Isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.
Kedua : Isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita .
6. Berikut lampiran Memorundum Dewan Pemuda PAS Malaysia yang telah dihantar ke kedutaan Mesir:
MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KEPADA KEDUTAAN MESIR DI MALAYSIA
BERHUBUNG PERGOLAKAN POLITIK DAN AGENDA REVOLUSI MESIR
31 JANUARI 2011
PERGOLAKAN POLITIK MESIR
Ekoran daripada kejatuhan rejim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia, kebangkitan rakyat di Timur Tengah telah menjalar ke beberapa buah negara jiran yang lain antaranya Yaman, Oman, Algeria, Jordan dan termasuklah Mesir. Kami menjangkakan teori domino ini akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.
Melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya. Sebaliknya, melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah, lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat.
Jelas, sikap yang ditunjukkan ini telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir. Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keredaan. Walaubagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut.
PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak. Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu.
2. Kami juga mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir. Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran Pilihanraya Umum yang telus dan bersih. Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik disamping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar.
4. Kami mengutuk sebarang bentuk keganasan dan kekasaran yang dilakukan terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil. Ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh bersama pihak-pihak di Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.
6. Kami juga menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir. Kami amat berharap agar pemerintahan baru Mesir dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.
Hasrat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disuarakan melalui memorandum ini diharap dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.
Disediakan oleh,
Nasrudin Hasan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
http://haninasution.blogspot.com/
naik seposen..!! jangan marah..nanti kena jual...
"minyak naik lagi sekupanggg..!!"
"ayahanda kenapa...?? ayahanda marah..??!!"
"mau aku tak marah..minyak asik naik.. mau bertambah botak kepala aku ni..!!"
"kenapa ayahanda marah..??!! bukankah kerajaan sekarang pilihan ayahanda..??!!"
"kau nak mamposs...aku pilih bukan harap harga minyak naik..lepas ni apa pulak la yang nak naik..!! aduhh..mintak nyawa..mintak nyawa..!!"
"ayahanda marah ni tak takut ka nanti kena jual..??!!"
"tuan.. jangan marah tuan..jangan marah tuan..nanti hilang 20% saya "
"ahh..pegi mamposs kau punya 20% !!"
"wahh..ayahanda betol2 punya marah ni..??!!"
"yaaa..aku MARAH..!! "
"disebabkan ayahanda marah..maka dengan ini ayahanda akan dijual seluruhnya.."
(apakah rakyat 1Malaysia akan dilelong suatu hari nanti..?? hmmm....)
29 Januari 2011
Ya Allah, jangan biarkan anak-anak kami dibunuh seperti mereka!
Dalam kempen pilihan raya kecil Tenang, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menghina perintah Allah dengan sikap sinisnya terhadap hukum potong tangan yang terkandung dalam Surah al-Maidah, ayat 38. Hukum tersebut telah jenuh menjadi mangsa persendaan dan penghinaan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional.Meskipun begitu, hukum potong tangan hanya boleh dijalankan setelah yang terdakwa didapati bersalah tanpa keraguan dalam perbicaraan. Itu yang ditetapkan dalam syari'at.
Tetapi A Kugan terbunuh tanpa perbicaraan. Saya tak tahu sama ada dia bersalah atau tidak. Dah tak dibicarakan, mana nak tahu dia salah atau tidak. Yang pasti, dia terhukum tanpa dibicarakan. Berikut ialah laporan doktor mengenai kematiannya (bagaimana nasib doktor itu sekarang, saya tak tau):
The second post-mortem performed on A. Kugan shows he died from being repeatedly beaten. The post-mortem, which was conducted by Dr Prashant N. Samberkar, a pathologist attached to the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), also shows that Kugan had multiple burn marks. These V-shaped burn marks are believed to have been caused by a hot iron.Semalam, akhbar melaporkan orang yang dituduh membunuh Kugan telah dibebaskan. Sikit pun saya tak terkejut. Saya juga tak akan terkejut jika orang yang dituduh membunuh Aminulrasyid Amzah dibebaskan. Hampir tak ada lagi yang memeranjatkan.
The post-mortem also found 42 other marks, burns and contusions from the sole of his feet right up to his head. Dr Prashant declared that, based on the post-mortem, Kugan was beaten so badly his tissues broke down and his kidneys failed.
Dr Prashant also found that Kugan had suffered haemorrhaging in his trachea, chest, spleen, stomach, the back of his neck and spine, and there were also signs of haemorrhaging in his heart. The soles of his feet had many bruises caused by beatings and he also suffered blunt trauma to his skull (baca selanjutnya di sini dan lihat video-video di sini).
Saya merayu sungguh-sungguh agar Allah s.w.t. melindungi anak-anak saya dan anak-anak anda dari dibunuh seperti mereka, bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad!
26 Januari 2011
pikir pakat pikir le
bOLEH KE LANTIK PEREMPUAN JADI CALON????

SATU LAGI ISU BERMAIN DI SETIAP PILIHANRAYA TAK KIRA LAA KECIL KE BESAR... PERSOALAN INI TIMBUL AKIBAT KETIDAK FAHAMAN ATAU TAK DE MAKLUMAT ATAU MAKLUMAT TAK SAMPAI... KENAPA PAS MEMILIH UNTUK MELETAKKAN CALON WANITA UNTUK DUN TENANG......
SERONOK BETUL BILA DENGAR PENJELASAN SEORANG USTAZ PAS NAQIB USRAH KAMI BILA PERKARA INI DITIMBULKAN.. KATANYA "wakil rakyat ni bukan ketua kita, ketua kita presiden, pesuruhjaya negeri atau YDP PAS kawasan... wakil rakyat ni wakil kita, macam kita wakilkan seseorang untuk beli gula atau barangan keperluan harian, wakil kat wanita pun takpa..wakil rakyat ni wakil kita untuk menjadi perantaraan dengan pihak berkuasa atau untuk mengadu sesuatu hajat untuk dipanjangkan kepada kerajaan,..so aapa salahnya disisi islam untuk meletakan wakil rakyat di kalangan wanita bagi pihak kita..." CANTIK TAK JAWAPAN TU
LU PUKIR LAA SENDIRI
21 Disember 2010
Negara Islam: Ahli PAS lega penjelasan Karpal
14 Muharam 1432HOleh : Ahmad Danial
MELAKA, 20 Dis: Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, semalam.
Asri Shaikh, 45, dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang tanpa asas yang kukuh.
"Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif dan menunjukkan sikap keterbukaan beliau terhadap Islam.
"Beliau mula faham dengan pendekatan dakwah yang kita bawa," ujar Asri yang juga Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.
Bagi Imran Abdul Rahman, 44, (kanan) dari Tanjung Bidara, kalau sebelum ini Karpal dilihat begitu keras menentang negara Islam kini beliau kelihatan bersedia untuk berbincang dan mendengar dengan teliti tentang isu tersebut.
"Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga.
"Tidak mustahil suatu hari mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi," kata Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
Sementara itu, Kintan Man, 49, (kiri) dari Serkam berkata setelah 20 tahun isu ini menjadi bahan eksploitasi BN terhadap PAS dan DAP, kini ia akan berakhir dengan sikap dinamik dan terbuka pimpinan atasan PR.
"Kejayaan ini merupakan suatu kejayaan yang manis dan membuktikan tahalluf siyasi yang diamalkan oleh PAS mula menampakkan kejayaan yang sukar untuk dipercayai sebelum ini.
"Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan," ujar Kintan yang Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri.
Karpal berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada konvensyen tersebut.
19 Disember 2010
| Sunday, 12 Muharram 1432 Intipati ucapan Presiden PAS sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember 2010 MukaddimahKita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insya Allah. Ketetapan Konvensyen Pertama Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum. Firman Allah SWT, maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat: 13] Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia. Persidangan Shah Alam 2010 Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi diberikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya. Masa Bergerak Ke Depan Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme songsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya dijadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini. Perlu muhasabah Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita. Asas perubahan PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita. Persediaan Pilihan Raya Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insya Allah. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan. |
02 November 2010
Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki 30/10/2010 Share

Oleh Dr Lo' Lo' Ghazali
Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa. Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk. REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.
Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.
Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).
Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina.
Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.
Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada.
Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'
DR LO'LO'
SDO mengaku peruntukan diberi kepada ketua Umno bahagian
Tuan Guru Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal
PKR Gerik,
LOJING,2 Nov - "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.
11 Oktober 2010
Senarai Nama 12 Mangsa Kemalangan Ngeri Di KM 223 Lebuhraya PLUS
Senarai nama mangsa terbunuh dalam kemalangan ngeriMELAKA - Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah:
Pemandu bas ekspres
1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres
2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga
Tiga lelaki warga Myanmar
7) Pau Khan Tual, 21;
8) Kam Khaw Tual, 28
9) Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui),
(kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama
Butir kemalangan di SINI
27 September 2010
petikan dari CINAISLAM
SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN
Loke Siew Fook
27 September 2010
En Reezal Merican,
Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut
Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.
Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;
Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.
JAWAPAN:
1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.
2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial
3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.
Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.
Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!
Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!
Sekian dimaklumkan, terima kasih
“MALAYSIAN FIRST”
Berkhidmat untuk rakyat,
LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Dan Ahli Parlimen Rasah
Songkok Tinggi-tinggi, Bodoh Bertingkat-tingkat!
Muhyiddin Minta Guan Eng Jawab Dakwaan Pemuda UMNOMUAR, 25 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda UMNO mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO.
"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.
Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda UMNO dalam akhbar pada Sabtu yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. -BERNAMA
Ulasan GB
Jawapan oleh bagindareformasi menarik:
GAMBAR BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH!
UMNO ang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena..
Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN..
Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha
Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR..
Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...?

PERTAMA Zaman MADER

KEDUA ZAMAN PAKLAH

KETIGA ZAMAN NAJIB

SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim
klik kasik besar berite di atas dari the STAR

KAHKAHKAH ini baru serba sedikit sebenar nya BANYAK NAK MAMPUS UMNO dok terima DUIT HASIL SYARIKAT-SYARIKAT HARAM (HALAL KAT MESIA) untuk buat MESJID, BUAT HOSPITAL paling banyak BUAT JALAN RAYA Sebab TU banyak EXIDENT JALAN KAT MESIA nih...
Kalau BODOH Jangan TUNJUK kat orang.. ORANG GELAK JER..!!
p.s AMIK DUIT PETRONAS (YANG SEBENARNYE DUIT KITE SEMUA sebab minyak bukan hak kerajaan tapi hak kite semua) dan kemudian tak bagi kat kite, kaut semua buat itu buat ini masuk kocek sendiri bagi BINI belanja luar negara SEMUA TU ADALAH HARAM!!! - bagindareformasi
Ini pula jawapan dari bekas Mufti Perlis.
Intipatinya: penerima tak bersalah, yang menanggung dosa ialah si pemberi.
Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.
Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.
“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya. -SH
07 Ogos 2010
Saiful & Mar Ka nya di mintak jadi Saksi...
Anwar Mahu Farah, Saiful Tampil Jadi Saksi
Oleh Sidiqin Omar

PUTRAJAYA 6 Ogos - Pasukan peguambela Ketua Pembangkang mahu menampilkan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi bagi menjelaskan apa yang didakwa sebagai hubungan romantis yang terjalin antara mereka berdua.
Karpal Singh, ketua peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya Karpal akan membuat permohonan tersebut pada hari Isnin apabila perbicaraan disambung.
Menurut beliau, hakim dalam mana-mana perbicaraan mestilah campur tangan dan tidak boleh bertolak ansur apabila wujud unsur gangguan, termasuk juga dakwaan hubungan sulit Farah-Saiful.
"Mahkamah mesti menjadi tempat untuk menjelaskan sama ada untuk membuang atau meneruskan kes ini. Mereka ada hak yang mutlak untuk panggil kedua-dua mereka. Dakwaan mestilah bersifat 'bona-fide' (tulen) dan bukannya 'mala-fide' (berniat jahat). Perbicaraan ini jelas cuba menafikan kebenaran dalam mahkamah," kata Karpal.
Beliau berkata pihak pembelaan mahu telus di dalam perkara ini dan tidak mahu menyembunyikan apa-apa motif.
Baginya kebenaran pasti akan muncul sama ada sebelum atau selepas perbicaraan.
"Tiada apa-apa elemen kejutan. Biar mereka tahu pendirian kita. Kalau boleh, kita lakukan hari ini juga," katanya berseloroh.
Karpal memberitahu sekiranya hubungan sulit Farah-Saiful terbukti mereka boleh didakwa kerana melanggar Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Farah Azlina dan Saiful didakwa mempunyai pengetahuan mengenai dokumen dan kertas perbicaraan berikutan 'hubungan romantis' mereka yang didedahkan oleh pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kira-kira dua minggu lalu.
Berikutan itu, pihak pembelaan mendesak mahkamah menggugurkan kes terhadap Anwar serta merta.
SK

PUTRAJAYA 6 Ogos - Pasukan peguambela Ketua Pembangkang mahu menampilkan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi bagi menjelaskan apa yang didakwa sebagai hubungan romantis yang terjalin antara mereka berdua.
Karpal Singh, ketua peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya Karpal akan membuat permohonan tersebut pada hari Isnin apabila perbicaraan disambung.
Menurut beliau, hakim dalam mana-mana perbicaraan mestilah campur tangan dan tidak boleh bertolak ansur apabila wujud unsur gangguan, termasuk juga dakwaan hubungan sulit Farah-Saiful.
"Mahkamah mesti menjadi tempat untuk menjelaskan sama ada untuk membuang atau meneruskan kes ini. Mereka ada hak yang mutlak untuk panggil kedua-dua mereka. Dakwaan mestilah bersifat 'bona-fide' (tulen) dan bukannya 'mala-fide' (berniat jahat). Perbicaraan ini jelas cuba menafikan kebenaran dalam mahkamah," kata Karpal.
Beliau berkata pihak pembelaan mahu telus di dalam perkara ini dan tidak mahu menyembunyikan apa-apa motif.
Baginya kebenaran pasti akan muncul sama ada sebelum atau selepas perbicaraan.
"Tiada apa-apa elemen kejutan. Biar mereka tahu pendirian kita. Kalau boleh, kita lakukan hari ini juga," katanya berseloroh.
Karpal memberitahu sekiranya hubungan sulit Farah-Saiful terbukti mereka boleh didakwa kerana melanggar Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Farah Azlina dan Saiful didakwa mempunyai pengetahuan mengenai dokumen dan kertas perbicaraan berikutan 'hubungan romantis' mereka yang didedahkan oleh pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kira-kira dua minggu lalu.
Berikutan itu, pihak pembelaan mendesak mahkamah menggugurkan kes terhadap Anwar serta merta.
SK
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/08/anwar-mahu-farah-saiful-tampil-jadi.html#ixzz0vqtsKeQE
Langgan:
Catatan (Atom)


Mukaddimah
KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
