Oleh - Abdul Aziz Bari
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan mengkritik Pakatan Rakyat kerana mengatakan bahawa Agong mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN). Akhbar tersebut menyifatkan pakatan pembangkang biadab.
Saya tidak pasti sama ada tuduhan akhbar itu benar atau tidak. Setahu saya akhbar-akhbar rasmi pembangkang seperti Harakah atau Suara Keadilan tidak berkata begitu. Paling teruk saya dengar ialah dakwaan BN memperalatkan Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu mingguan berkenaan telah memesongkan fokus yang sebenar. Mengatakan Agong diperalat BN dengan BN memperalat Agong lain kesannya.
Tetapi walau apa pun sebenar-nya, itu tidaklah sedahsyat kata-kata dalam demonstrasi anjuran UMNO Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008: Sultan dan istana dirujuk sebagai ‘binatang’.
Saya tidak berminat membin-cangkan hal-hal itu: ia sekadar menunjukkan senario sebenar. Saya hanya ingin menjelaskan apa yang undang-undang peruntuk-kan mengenai kedudukan dan peranan ketua negara dan negeri di dalam Dewan. Ini semua terpakai kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri.
Sumber undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan negeri, diambil dari United Kingdom. Selain prinsip sistem Westminster, itu semua memang tidak ada dalam sejarah dan tradisi kita sebagaimana kuasa raja dalam soal agama dan hal-hal tradisi lainnya. Sebahagian besar daripada prinsip yang bermula di Britain itu dirumus-kan dari sejarah, khususnya revolusi aman 1688 yang menjelaskan kedudukan dan peranan raja di Parlimen.
Secara umum kedudukan dan peranan mereka bersifat formal. Ini kelihatan dalam pembukaan diari tahunan baru Dewan. Di London ia dilakukan dengan penuh tradisi; seperti perarakan berkuda dan sebagainya. Di sini pun begitu.
Kedudukan bersifat formal, simbolik dan upacara itulah yang menyebabkan timbulnya prinsip bahawa ucapan pembukaan Parlimen oleh ketua negara atau Dewan Undangan Negeri adalah ucapan kerajaan.
Ini telah diamalkan sejak merdeka di negara kita. Mungkin kerana pembangkang di Parlimen tidak sekuat sekarang, maka isu titah pembukaan itu tidak pernah timbul. tetapi sejak UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah pada 2008, dengan tiba-tiba macam-macam berlaku.
Antaranya, termasuk Titah Perasmian Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong. Sejak 2008 ahli-ahli Parlimen BN beberapa kali membangkitkan soal kesalahan di bawah Akta Hasutan; khususnya kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Pada hakikatnya ahli-ahli Parlimen itulah yang sebenarnya telah memperalatkan takhta untuk kepentingan mereka.
Saya fikir contoh paling baik untuk diikuti dalam penyediaan titah pembukaan ini ialah titah Baginda Ratu Elizabeth II di Parlimen Britain. Sewaktu di sana dahulu saya tidak pernah lepas peluang mengikuti titah peras-mian baginda. Di situ kita tidak dengar baginda meminta yang hadir menyokong kerajaan. Di Malaysia ini berlaku.
Saya pernah mendengar Almar-hum Tuanku Ja’afar meminta rakyat menyokong pentadbiran Mahathir. Ini tidak wajar. Malah kita boleh mengatakan ia tidak selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan yang perlu berada di atas politik kepartian. Saya perlu jelaskan, mengatakan begitu tidak menghasut kerana kita tidak mengatakan institusi raja perlu dihapuskan.
Memang raja boleh menegur. Tapi titah perasmian Dewan bukan tempatnya. Ini adalah dasar atau polisi parti yang memerintah. Titah perasmian ialah dasar pentadbiran Najib atau Nik Aziz atau Lim Guan Eng atau Zambry Kadir atau Ali Rustam. Dan yang duduk di atas itu pun kenalah sedar serta tahu kedudukan dan peranannya. Paling penting caranya mesti selaras dengan Perlembagaan.
Parti-parti politik, baik dalam BN atau Pakatan, perlu bersatu dalam soal ini. Dalam kata lain mereka tidak harus mengheret raja, sama ada untuk meraih sokongan atau menjatuhkan lawan. Jangan jadikan politik kita primitif seperti sekarang.
Tetapi rasanya sukar untuk semua itu berlaku sekarang. Ini kerana institusi lain seperti badan kehakiman, perkhidmatan awam dan media tidak sepenuh-nya komited dengan ideal Perlembagaan. Mereka semua gagal menyedia dan memper-tahankan sebuah kerangka yang adil dan saksama. Dalam keadaan seperti itu orang politik akan menyambar apa sahaja kesempa-tan menguntungkan mereka.
Dalam pada itu institusi beraja, sebagaimana kelihatan di Kelantan dan Negeri Sembilan tak lama dulu, ada masalahnya sendiri. Orang bermasalah, tidak bijak untuk kita berharap. Kita kena selesaikan sendiri.
*Penulis mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan