RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

20 April 2010

ORANG MELAYU KESAL SIKAP NAJIB SOKONG AMERIKA TEKAN IRAN

Oleh Halik Zaman


Seperti satu tradisi turun-temurun satu phobia bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam, seandainya terdapat pemimpin-pemimpin Islam kita yang memberikan sokongan kepada Negara-Negara Barat yang menggunakan kuasa veto mereka untuk memberikan penindasan kepada mana-mana Negara Islam yang tidak sehaluan.

Inilah yang sedang dilihat oleh rakyat Malaysia dari seorang Perdana Menteri 1Malaysia Dato' Seri Najib yang mana dengan secara terang-terang memberikan sokongan padu kepada tindakan kuasa besar Amerika Syarikat yang akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Negara Iran. Sebuah Negara rakan Malaysia di rantau ini.

Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran berikutan Negara tersebut menggunakan tenaga nuclear untuk kegunaan kemudahan asas Negara itu. Tenaga nuclear di gunakan untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Iran itu sendiri dan bukannya di gunakan sebagai senjata untuk menyerang Negara luar. Tenaga nuclear di utilisasikan untuk kemudahan tenaga elektrik Negara itu. Apakah ianya satu kesalahan ?

Apakah ketika Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan beliau terhadap sekatan ekonomi terhadap Negara Iran baru baru ini beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya akan risiko yang akan diterima kelak ? Risiko paling utama ialah rakyat Malaysia yang tidak berdosa akan turut terhukum dek kebencian rakyat Iran kerana ‘kepintaran’ PM 1Malaysia yang kurang tepat ?

Kita begitu terkejut sekali tindakan drastik Negara China secara terang terangan tidak menyokong tindakan sekatan ekonomi Amerika Syarikat keatas Negara Iran tetapi malangnya Negara Malaysia pula yang beria ia menyokong tindakan sekatan ekonomi keatas Negara Iran, apa sudah jadi dengan Najib ini?

Tidakkah beliau terfikir Malaysia akan di benci gara-gara ‘sokongan beli jiwa’ itu ? Hebat bukan? Malaysia sebuah Negara berkecuali turut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Negara Barat walaupun beliau teramat sedar bahawa sokongan itu bakal memberikan impak kepada Malaysia dan Iran yang juga sebuah Negara sahabat ikrab seperti Malaysia ?

Najib dengan gahnya menafikan wujudnya penjualan gas ke Iran dari Malaysia tetapi tidak menafikan pendirian Malaysia menyokong keputusan Amerika untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran ? Sebab apa ? Sebab ingin meraih sokongan dari Amerika kerana rakyat Malaysia sendiri sudah mulai muak dan jelak dengan pentadbiran UMNO/BN.

Dato' Seri Najib juga telah menampakkan sikap dictator dalam dirinya bilamana beliau telah menegaskan pendiriannya dengan menyatakan kerusi Hulu Selangor calonnya akan di berikan kepada calon MIC padahal kawasan berkenaan majoritinya adalah pengundi orang Melayu.

Mungkin orang Melayu boleh terima secara terpaksa walaupun terluka, alasan Najib bahawa MIC adalah rakan UMNO dalam Barisan Nasional tetapi yang pelik Najib menolak pula calon saranan dari Presiden MIC tanpa sebab. Seolah olah Samy Vellu diselekehkan.

Presiden MIC telah mengumumkan untuk meletakkan G.Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor. Begitu hebatnya kuasa Dato' Seri Najib dengan berani menangkisnya. Beliau betah mengenepikan cadangan bersama rakan pakatan kepimpinan Barisan Nasional lalu memilih P.Kamalanathan walaupun dari MIC tetapi lebih diibaratkan sebagai ‘PM’s favourite’ bukan kehendak Jawatankuasa Pusat MIC dan beliau bukan pilihan popular MIC.

Kalau di kenang kembali semasa Dato Seri Najib baru memegang tampuk pemerintahan Negara Malaysia ini, kita sering mendengar janji-janji beliau kepada rakyat akar umbi bahawa beliau mahu menjenamakan semula UMNO kearah satu perubaahan drastik mengikut citarasa akar umbi.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat melihat dan tidak mungkin terlihat perubahan yang di war-warkan dahulu. Apa yang terlihat hanyalah organisasi UMNO yang sama , budaya UMNO yang sama, tradisi UMNO yang sama. Cuma ketuanya sahaja yang berbeza. Tidak dapat di nafikan UMNO kelihatan lebih teruk dalam genggaman PM 1Malaysia dan Kak Mahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com