Sogokan untuk pilihanraya Hulu Selangor sudah bermula! Sama ada ia sogokan dalam bentuk wang atau projek, namun sogokan tetap sogokan. Sogokan sebegini tidak pernah berlaku di negara-negara maju, kerana kerajaan negara-negara itu tidak memandang rendah tahap pemikiran rakyatnya.
Namun di negara ini, kerajaan menganggap rakyat Malaysia masih kurang pintar dan perlu disogok untuk mendapat satu undi. Kini semua jabatan kerajaan berlumba-lumba ke Kuala Selangor membawa projek mi segera. Dan terbaru kelmarin, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga tumpang se kaki untuk menyogok rakyat Kuala Selangor. Dalam temu bual dengan pemberita kelmarin, Rosmah berkata pihaknya bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.
Kononnya, perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut memang sudah ada, tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, projek itu terpaksa ditunda.
"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya. Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik.." kata Rosmah.
Ala..kak Ros...pendidikan yang terbaik bukan saja untuk penduduk Kuala Selangor, ia adalah untuk semua rakyat negara ini. Jadi tak payahlah dekat-dekat pilihanraya ini baru bercakap nak tolong rakyat Hulu Selangor. Kalau ikhlas nak tolong rakyat Hulu Selangor, buatlah dari dulu, buatlah semasa BN memerintah Selangor selama lebih dari setengah abad itu. Binalah 10 pusat Permata Negara pun di situ masa BN memerintah dulu, sapa pun tak kisah..
Janganlah dok tipu rakyat lagi. Ini zaman siber, bukan zaman Pak Pandir atau Lebai Malang....
~ pendikar gunung kriang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan