RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

22 Julai 2010

KERJASAMA PAS-UMNO: PAS TIDAK AKAN MASUK PERANGKAP YANG DISEDIAKAN UMNO

10 Syaaban 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 21 Julai – Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau berkata, kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan. “Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” “ Bagi saya ini agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat “ Tegas Ustaz Abu Bakar yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.


Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat..

Menambah mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengatakan, situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas mengenai hal ini, beliau mengatakan, kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional. Akan tetapi, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.

Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, mereka cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka.

Selain itu juga, beliau mengatakan, di antara lain, sebab utama timbulnya isu ini adalah untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara-perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

Melihat kelemahan UMNO dan BN dalam mentadbir negara kini. “Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Bagi saya kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan oleh kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia. “Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, kata beliau ketika mengakhiri sesi pertemuan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com