RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

23 Julai 2010

KERJASAMA UMNO-PAS MACAM CERITA PERBINCANGAN ISRAEL-PELASTIN




OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
PERBINCANGAN bagi mencari jalan ke arah penyatuan UMNO-PAS makin menjadi-jadi. Ia semakin mendesak dan memuncak percakapan mengenai proses kerjasama UMNO-PAS apabila parti UMNO semakin hilang pengaruh dan kurang mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi jenerasi baru masakini kehadiran mereka rata-ratanya sudah jelas memencilkan UMNO.

Semakin banyak kita membicarakan persoalan penyatuan Melayu(UMNO-PAS), semakin ramai kita menjadi terkeliru. Pada saya pertemuan dan perpaduan Melayu sentiasa menemui jalan buntu. Ada yang mencadangkan resolusi gila dalam pentas-pentas debat, yang menyarankan bubar PAS dan bersatu di bawah UMNO. Ini idea karut yang tiada menjadi faktur sokongan ke arah bagi menjustifikasikan penyatuan UMNO-PAS.

Bicara perpaduan Melayu dalam konteks UMNO-PAS, sesekali kita dapat rasakan ianya bagaikan perbincangan demi perbincangan antara tokoh-tokoh pemimpin Islam Palestin dengan Yahudi Isreal yang tidak pernah kata sepakat untuk menamatkan tradisi permusahan di bumi umat Islam itu. Di kedudukan di tengah-tengah perbincangan bagi menyelesaikan masalah Palestin-Isreal, tembak-menembak dan pembunuhan tidak pernah berhenti. Siri-siri perbincangan tiada pernah bertemu suatu resolusi ajaib bagi menamatkan era perang dalam satu siri sejarah pertempuran yang panjang

Dalam hubungan antara UMNO-PAS bila membicarakan soal perpaduan Melayu, ternyata kuasa besar UMNO itu tiada pernah mahu mengalah? Mengajak PAS berbincang tetapi tidak pernah mahu menerima saranan PAS? Saya kira ajakan dan pelawaan UMNO itu sekadar mencari motif keuntungan politik jangka pendik untuk membuka ruang bagi mempergunakan media milik mereka bertujuan membenam dan memperburuk-burukkan PAS. Mempergunakan Mufti-Mufti seperti Harussani wakil jurucakap akhbar cabuk sebagai tokoh ulama jambatan penyambung amat tiada menyenangkan PAS. Akibatnya Harussani dicabar turun kegelanggang politik bukannya berselindung dibawah ketiak UMNO. Saya fikir Harussani tiada cukup kelayakan bagi menjuarai sebagai tokoh penyatuan UMNO. Sebab itu kedengaran suara-suara sinis supaya Harussani menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyatuan UMNO adalah lebih baik dari menaja perbincangan UMNO-PAS yang lebih banyak menempah risiko sebagai seorang tokoh Mufti yang sudah dilebalkan lebih UMNO dari UMNO.

Saya bersetuju untuk masa ini usahlah kita bicara lagi pasal penyatuan UMNO-PAS, kerana kata pemutus dan penyudahnya sudah muktamad kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat. Semakin rancak kita berbincang pasal penyatuan kedua-dua parti Melayu itu semakin bercelarau. Walau pun dalam satu debat di adakan di Kelantan baru ini, yang diserta Ustaz Afendi, Lokman Nor Adam(UMNO), Dr Mohd Asri(Pendakwah Bebas) dan Dr Mujahid(PAS). Sekalipun dalam mukadimah perdebatan tersebut yang bertajuk "BOLEHKAH MELAYU BERSATU", kenyataan wakil UMNO bahawa Melayu boleh bersatu, tetapi bila kita lihat hasil dari perdebatan itu lansung tidak menunjukkan orang-orang Melayu boleh bersatu.

Berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak, mujurlah pendebat PAS Dr Mujahid lebih rasional dan Dr Asri tenang dan berilmu, sebaliknya Ustaz Afendi dan Lokman Nor Adam tiada ada ketenangan dan rasionalnya kalau kita mahu mengaitkan debat tersebut sebagai antara sekelumit perbincangan bagi mencari titik perpaduan Melayu. Pada saya perpaduan Melayu UMNO-PAS masih jauh perjalanannya untuk kita harungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com