RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

22 Julai 2010

Umno selamatkan MCA sekali lagi!

Panel Penilaian Operasi SPRM bersetuju dengan cadangan SPRM untuk menutup tiga kertas siasatan kes berprofil tinggi dan tidak mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata kes berkenaan adalah membabitkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel bersetuju kertas siasatan berkenaan ditutup kerana faktor-faktor tertentu, antaranya tiada saksi.

Dalam kes Ong, bekas presiden MCA itu didakwa menerima derma RM10 juta daripada Tiong King Sing dari Kuala Dimensi.

Kes kedua pula membabitkan kereta jenis Alphard yang diberikan kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Manakala kes ketiga, membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

Pada sidang media hari ini, panel itu bersetuju untuk menutup dua kes pertama kerana kekurangan bukti.

Bagi kes yang membabitkan Khalid pula, panel beranggapan tiada amalan rasuah kerana ia adalah majlis orang ramai.

Ameno : sebenarnya tutup isu kes khalid tu untuk menutup mata dan persepsi negatif rakyat. percayalah. Adalah sesuatu yang tidak mungkin bahawa isu kes jamuan raya pun boleh termasuk dalam kes rasuah, jemput orang makan pun di katakan sebagai rasuah? laws mana la dowang kutip neh? Dan jangan terkejut kalau kes membabitkan PKFZ akan terdiam begitu sahaja. Mereka nak tutup isu 10 juta dan isu pemberian kereta mewah terbabit je. lagi satu projek pembodohan di canangkan untuk menutup pekung mereka sendiri. bravo. Kerana sekali lagi UMNO telah menyuntik ubat tidur kepada SPRM untuk melindungi rakan2 kesayangan mereka.

http://amenotipusitusanasini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com