RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

21 Januari 2010

MB Kedah Jawab Fitnah Shafie Apdal


Dakwaan Kedah mundur tidak tepat: Azizan

ALOR SETAR: - Dakwaan yang mengatakan ekonomi negeri Kedah semakin mundur bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bersifat provokatif, untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap pimpinan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kenyataan itu juga menunjukkan ia dibuat secara melulu tanpa mengetahui perkembangan yang berlaku di negeri ini.

“Dua hari lalu saya berucap di hadapan Sultan Kedah mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri yang berjalan lancar dengan kestabilan politik yang memberi ruang untuk meningkatkan ekonomi Kedah. Malah saya turut mengumumkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera bagi memacu pembangunan negeri sehingga tahun 2015,” katanya kepada media, selepas pelancaran portal e-pengambilan tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), semalam.

Azizan mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kelmarin, yang mendakwa ekonomi Kedah semakin mundur sejak ditadbir pakatan pembangkang, termasuk tiada projek pembangunan baru dilaksana untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Azizan berkata, beliau tidak berhasrat untuk membariskan satu persatu perancangan yang sedang dalam pelaksanaan Kerajaan Kedah, tetapi kenyataan Mohd Shafie itu menunjukkan beliau tidak tahu menahu mengenai pembangunan dan perkembangan yang berlaku di Kedah.

“Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil bernilai RM380 juta dengan memperkenalkan pengajian peringkat profesional, termasuk perubatan atau pembinaan kilang yang bakal menjadi hub kepada hasil tanaman nanas, mempelam, dan rambutan yang menjadi lambakan tanpa hasil sejak zaman sebelum merdeka, rasanya memadai untuk menjawab kenyataan beliau,” katanya.

Menurutnya, pembinaan rumah kos rendah di Baling dan Kubang Pasu yang akan dibina juga adalah untuk disesuaikan dengan kemampuan rakyat, bagi menggantikan pembinaan projek perumahan yang berpandukan kemampuan pemaju, seperti yang diamalkan dalam pentadbiran Barisan Nasional di Kedah.

“Bagi saya, serangan ini adalah idea terkini UMNO dan BN Kedah untuk memburukkan imej baik pimpinan saya yang semakin disenangi rakyat, selepas usaha mereka memfitnah dengan cara lain tidak berhasil,” katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyahut saranan Kerajaan Pusat serta memberi kerjasama sebaiknya terhadap mana-mana projek pembangunan di Kedah demi kepentingan rakyat.

“Apabila Mohd Shafie mengungkit bahawa hanya BN yang membantu rakyat, saya musykil tindakan Naib Presiden UMNO ini kerana seolah beliau mahu meretakkan jambatan perpaduan serta kerjasama erat sedia ada antara Perdana Menteri dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, Kedah baharu sahaja selesai membentangkan Bajet 2010 dan sedang mengorak langkah untuk membuat pelbagai perancangan ekonomi untuk rakyatnya.

“Kita masih di awal tahun, belum nampak hasilnya. Kebanyakan projek untuk jangka masa panjang dan yang penting pada ketika ini ialah rakyat gembira dan hidup sejahtera dengan kestabilan politik dan ekonomi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com