RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

13 Januari 2010

Berita Harian Putarbelit Kenyataan Herald, Gambarkan Konon BN Berjaya Selesai Isu Kalimah Allah

 

Mingguan Katholik, Herald, tidak menarik balik penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya tetapi hanya menangguhkan penggunaannya sehingga selesai prosiding mahkamah, kata editornya, Father Lawrence Andrew.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta menjelaskan laporan dalam Berita Harian hari ini di bawah tajuk Majalah Herald setuju henti guna kalimah dan tajuk kecilnya berbunyi Penerbit sedar tanggungjawab jaga keamanan negara.

"Apa yang saya cakap telah diputarbelit... apa yang saya cakap bukan sesuatu yang baru, keputusan dibuat apabila AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail) memfailkan permohonan menangguh pelaksanaan (keputusan mahkamah membenarkan perkataan Allah diguna dalam Herald)," kata Andrew.

Katanya, mingguan tersebut menghormati perintah penangguhan tersebut kepada kementerian dalam negeri (KDN), sementara menunggu rayuan.

Herald yang dicetak dalam empat bahasa - Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - telah menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan kepada 'God' dalam bahagian Bahasa Malaysianya.

Perkara itu dibawa ke mahkamah selepas KDN melarang akhbar tersebut berbuat demikian.

Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Sementara itu, Ahli Parlimen Khalid Samad menyifatkan laporan Berita Harian ini sebagai cubaan manipulasi dengan menggambarkan kerajaan Barisan Nasional berjaya menyelesaikan isu penggunaan Kalimah Allah. -malaysiakini/TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com