RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

15 Januari 2010

Alahai Kedah ...Ada Lagi Yang Dok Gila Jawatan Rupa-Rupanya..!!

Hijau Kuning Negeriku: macam-macam dok ada

Dua tiga hari lepas, sempurnalah sudah perlantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kedah.

Harap depa yg dilantik itu akan buat kerja masing-masing dan yg tidak dilantik serta masih dok rasa tak puas hati tu, terimalah dengan dada yg terbuka. Alah, jawatan ahli majlis ni bukan hebat tara mana pun - mcm jawatan AJK PIBG saja - takat boleh suarakan pendapat dan masalah ja, bukan boleh buat apa pun; kalau nak bangga pun cuma takat boleh gah sebab ada lambang/lencana "Ahli Majlis" kat plet kereta saja. Kalau tak dak "lencana" tu tak ada apa haih yg specialnya pasal Ahli Majlis ini. Jadi, hat yg tidak dilantik semula atau dok aim tak dapat tu, jgn dok rasa ralat sangatlah.

Saya pun heran juga sebenarnya, bila kita dok baca dlm Sinar Harian, dok tengok dlm blog, dok dengar org sembang kat tempat kerja, kat surau dsg bab depa dok berebut nak jadi Ahli Majlis ni, heranlah jugak.

Sebab apa heran? sebab kita pun tak paham apa yg istimewanya kalau dapat pakai keta ada lambang/crown Ahli Majlis ini. Yg dok berebut ni pulak, bukan takat depa dari parti kita yg dok merintah Kedah ni, nu yg komponen Pakatan pun sama.

Minggu lepas, waktu pi satu kedai cina kat pekan dekat rumah saya ni, entah mcm mana tersembang bab politik - asalnya saya sendiri x tau mamat cina ni barisan ka pakatan - sembang pi sembang mai, bila tau saya org PAS, terus dia kondem YB Pakatan - Ahli Parlimen kat sini.

Tak puas hati sungguh dia sebab waktu PRU12 hari tu, dialah antara yg dok kalut kempen dan tarik sokongan pengundi cina kat area sini utk sokong pakatan. Alih-alih bila menang, YB tu tak mai jenguk pun kawasan rumah dia.

Sembang pi sembang mai lagi, masuk pula bab perlantikan Ahli Majlis dan Ketua Kampong. Hah - tang bab ni, dia naik syeikh sungguh, dia kata:

"Apa punya kjaan, pi lantik Ketua Kampung dan Ahli Majlis pakai ikut suka saja, tak cek background betoi-betoi!"

Apa maksud you?

"Ya lah, you tengok si si polan tu (dia sebut nama sorang mamat cina kat satu kawasan berdekatan), depa lantik dia jadi Ketua Kg. Mcm mana kerajaan Negeri boleh lantik org mcm tu jadi ketua kg - sedangkan semua org-org Cina kat kawasan ini tau dan kenai dia. Dia tu tauke JUDI! - mcm mana seorang Tauke Judi boleh dilantik jadi Ketua Kg?"

Laa - saya dok ingatkan org Melayu saja tak suka JUDI, org Cina pun tak suka juga rupanya.

Sembang pi sembang mai lagi, rupa-rupanya dia tak puas hati sebab Ketua Kg tu sudah pun rekomen kroni dia utk jawatan Ahli Majlis. Pasal apa dia tak puas hati? - sebab dia pun dok aim jawatan itu jugak.

Dia habag kata:

"Hari tu depa offer saya untuk jadi Ketua Kg kat sini (bukan kawasan yg sama dengan penama yg tadi), tapi saya tak mau"

Pasal apa tak mau?

"Jadi Ketua Kg bukannya boleh buat apa, saya cakap kalau nak lantik saya, saya cuma mau kalau jadi Ahli Majlis!!"

Tu dia - nak jadi Ahli Majlis jugak.

Saya tanya dia, pasal apa nak jadi Ahli Majlis & apa yg dia boleh buat kalau jadi Ahli Majlis. Dia cakap:

"You tengok sendiri lah, longkang kat depan kedai saya ini dah lama tersumbat, tak larat komplen, tak ada apa-apa tindakan pun. Kalau saya jadi Ahli Majlis, nanti longkang-longkang ini semua saya clear!"

Laa - nak jadi Ahli Majlis sebab nak clear longkang rupanya.
Macam tu pun ada.

Saya tak pi kedai dia lagi sejak bertemu dgn dia minggu lepas, tak pasti dia dilantik sbg ahli Majlis atau pun tidak, kalau dia jadi Ahli Majlis, saya dok ingat nak ajak dia mai rumah saya sat - longkang kat depan rumah saya ni pun sering tersumbat!

Macam ni punya dok ada, nampak gayanya jawatan Ahli Majlis yg pakat dok berebut tu dah jadi bahan lawak jenaka ja lah utk rakyat jelata!

Sementara rakyat dok gelak kat kita, nu UMNO tengah dok pulun sakan nu.. Cuba tengok berita dlm METRO, Sinar Harian, B/Harian, Utusan dan media suku sakat depa; boleh dikatakan tiap-tiap hari penuh dengan cerita Pemuda/Wanita UMNO hampir keseluruhan BAHAGIAN UMNO Negeri Kedah masuk kg bagi sumbangan utk fakir miskin, ibu tunggal, keluarga ditimpa kemalangan dan apa saja yg memerlukan bantuan.

Ya lah, kita boleh kata itu agenda politik. Memanglah agenda politik - semua org tau.

Masalahnya: kalau depa buat 5 tahun sekali atau sekali sekala tat pa lah - ini boleh dikatakan tiap tiap hari. Baru-baru ini, entah mcm mana seorang sahabat terlepas masuk ke salah sebuah bilik gerakan UMNO utk satu kawasan parlimen di Kedah ni; sahabat itu habag kat saya, dia kata:

"Munir, hg patut masuk mai tengok bilik gerakan depa tu, siap dengan carta details mcm nak p.raya esok dah; kat notice board tu siap dengan jadual harian details - hari ini pi melawat rumah sapa kg mana, kemarin rumah sapa kg mana (siap dgn gambaq tgh bagi sumbangan dan keratan berita akhbar), esok nak pi kg mana pula, lusa rumah mana dan seterusnya - satu bulan pack dengan aktiviti untuk bulan tu!"

Yg hebatnya pulak, memba ni cerita, ahli-ahli UMNO di kawasan parlimen tu kena kutip RM1 sorang sebagai tambahan dana untuk kerja-kerja kebajikan utk tarik undi tu. Biaq betoi RM1 sorang, mahukah depa bayaq, kot nak kena bayaq kat depa lagi ada? Memba ni jawab:

"Dak, Ketua cawangan kena bagi - kalau ada 50 org ahli, RM50 lah dia kena bagi. Dengan mcm mcm project dok dapat, RM50 tu kira kacang ja lah"

Bab sumbangan utk kenuri pulak jgn dok habaglah. Rakan sekerja saya yg kebetulan ayah dia merupakan ketua JKKK UMNO kat kg dia, dia habag rumah ayah dia tu sat-sat Ketua Pemuda Bahagian mai bagi sumbangan, sat-sat ADUN UMNO singgah hulur suruh buat kenuri, sat-sat Timbalan Menteri turun mai mkn kenuri - kiranya rumah ayah dia kenuri memanjang - fully sponsored - penuh org kg mai. Rasanya mcm tu kot sampai PRU13 nanti.

PAS dan PAKATAN pulak buat apa?

Selain sibuk dok berebut jadi AM, kita sibuk susun strategi nak perjatuh sama sendiri, dok susun team masing-masing nak berebut jadi YDP atau nak rapat dengan MB supaya dengannya kita boleh dilantik jadi calun mai PRU13 nanti.

Dah sampai kat telinga saya kisah org yg kita tak sang ka, nampak alim, tapi kat kedai kopi tepi rumah saya boleh sembang gah habag kat org2 bawah mcm kami ni kata:

"Cuba hangpa tengok si anu tu jadi YDP/YB, apa yg dia bagi kat kawasan.. Ana, ada lah jugak dok bagi sumbangan peribadi RMXXX tiap-tiap bulan"

Ada kah patut dok pi habag mcm tu, sedangkan si YDP/YB tadi tu dah habis 2 relung tanah dah relai buat belanja untuk menghidupkan PAS kawasan - pakai duit sendiri, nak buat mcm mana bukannya org kaya dan berada, terpaksa bergolak bergadai demi parti.

Cakap pasal bergolok ini, bukan tak ada YB PAS yg bagus - baru ni sampai ke pengetahuan saya kisah seorang ADUN PAS yg saya tak dpt tulis namanya di sini; org kampung bangga tak habis dok habag kisah YB tu turun sendiri, angkat parang/golok - dok kat depan sekali bila pekerja-pekerja PBT mai nak robohkan gerai-gerai peniaga marhain kat tepi jalan dalam DUN dia. Terus depa tak jadi nak peruntuhkan gerai-gerai tu.

Ahli Majlis PBT dok mana?
"Dok tunggu pekerja PBT mai cuci longkang depan rumah depa kot."

Sekian, moga ada manafaatnya utk masa depan kjaan PAS di Negeri Kedah kita nie.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

15 Jan 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com