Senang sangat nak baca taktik para penyokong totok dulu kini dan selamanya... Mula-mula mereka akan perbesarkan isu dengan bantuan akhbar arus perdana, kemudian... mereka akan gunakan NGO-NGO yang telah dicucuk hidung untuk berdrama. And then, akan guna kutu-kutu berahak untuk buat kerja-kerja kotor mereka.
Begitulah yang berlaku dalam isu nama Allah. Setelah melakonkan aksi ganas dengan menggunakan api untuk mempamerkan kemarahan mereka, kini mereka gunakan pulak cat merah. Mangsa mereka ialah gereja-gereja. Banyak gereka telah dibakar... dan setelah itu mereka gunakan pulak cat merah untuk simbah gereja.
Begitulah yang berlaku dalam isu nama Allah. Setelah melakonkan aksi ganas dengan menggunakan api untuk mempamerkan kemarahan mereka, kini mereka gunakan pulak cat merah. Mangsa mereka ialah gereja-gereja. Banyak gereka telah dibakar... dan setelah itu mereka gunakan pulak cat merah untuk simbah gereja.
Mengapa cat merah??
Ini mungkin satu lagi indikator untuk menunjukkan kemarahan mereka yang berapi-api. Merah... lambang kemarahan... lambang darah... dan merah juga boleh melambangkan 'stop' seperti pada lampu isyarat. Mungkin ini mahu pihak majalah Herald Tribune supaya berhenti dan tarik balik tuntutan mereka untuk guna nama Allah.
Pada aku, sepatutnya para penyokong dulu , kini dan selamanya... yang patut berhenti.. patut stop daripada terus menerus bertindak seperti samseng dan memberontak, seandainya kemahuan mereka tidak dituruti. Mereka buat ikut suka hati kerana mereka rasa mereka dilindungi dan perbuatan mereka mendapat restu daripada pihak yang ada kuasa. Dan... entah-entah, ini satu lagi drama lakonan terancang mereka untuk menghangatkan suasana apabila mereka dicabar... apabila mereka terhimpit.
Itulah mereka... dulu, kini dan selamanya tidak boleh dicabar.... tidak boleh ditegur dan tidak boleh dibantah dan dilarang.... Ibarat individu yang terlalu dimuakan. Ya, dalam konteks ini, UMNO sudah terlalu dimuakan oleh orang-orang Melayu dan juga bukan-Melayu. Kita terlalu tunduk dengan kemahuan dan kerenahnya. Sebab itu... dia pikir, dia boleh buat sesuka hati, macam negeri ini mak bapak dia orang punya.
Just because negara ini asalnya dikenali dengan nama Tanah Melayu, maka setelah 52 tahun merdeka mereka masih ingat yang ia adalah hak mutlak orang Melayu. Hoi... kita sudah masuk era millinium, komer masih duduk di bawah tempurung ke?? Weh... lihatlah sekeliling komer... Malaysia sudah berwarna warni... demografik Malaysia sudah berubah. Suka atau tak suka... komer kena terima hakikat yang lain-lain kaum yang menjadi warganegara di bumi ini, ada hak mereka juga. Islam itu adil... so, bersikap adillah dengan mereka.
Mereka kata isu nama Allah ini bukan isu politik tetapi isu menjaga maruah Islam. Tetapi apakah dengan membakar dan menyimbah cat merah pada gereja, menaikkan maruah Islam?? Islam tidak melarang nama Allah digunakan oleh golongan bukan-Islam tetapi Islam melarang rumah ibadat agama lain dianiaya dan diperlakukan sebegitu rupa. Eleh... usah cakap ler para penyokong parti dulu kini dan selamanya.... nak memperjuangkan martabat Islam. Taik kucing, semuanya.... bull shit!!!
Apa yang mereka buat tak masuk akai langsung. Semuanya ikut perasaan syaitan. Tengok apa yang blog satu ni buat??? Nah... tengok sini. Tak rasional langsung. Aku nak copy gambar tersebut dalam blog aku pun... tak sampai hati... tak tergamak.
Apa yang mereka buat tak masuk akai langsung. Semuanya ikut perasaan syaitan. Tengok apa yang blog satu ni buat??? Nah... tengok sini. Tak rasional langsung. Aku nak copy gambar tersebut dalam blog aku pun... tak sampai hati... tak tergamak.
Kalau isu ini bukan isu politik, mengapa bertindak double standard?? Mengapa di Sabah dan Sarawak... nama Allah boleh digunakan oleh bukan-Islam di sana?? Apakah Allah di sana berbeza dengan Allah di Semenanjung?? Bukankah ini mengelirukan?? Siapa yang mengelirukan?? Bukankah pemimpin UMNO??
Usah nak berdolak-dalik mengatakan isu ini bukan isu politik. Oleh sebab, nakkan sokongan bukan -Islam di Sabah dan Sarawak... penggunaan nama Allah dibenarkan. Dan... oleh sebab kemarukkan sokongan Melayu-Islam di Semenanjung... maka nama Allah mahu dieksklusifkan hanya untuk orang Islam saja.
Maka bodohlah jika ada dalam kalangan kita yang terikut-ikut menari dengan rentak dan irama yang dimainkan oleh UMNO. Jangan jadi si Tipah yang tertipu dan terpedaya!!
Satu lagi yang tipikal tentang UMNO, adalah... apabila tersepit, mereka akan cari raja-raja Melayu untuk berselindung di dalam 'seluar' para tuanku. Bila perlukan raja-raja Melayu... barulah terhegeh-hegeh, tetapi jika tidak... lantak kamu lah. Jangan kacau aku sudah!!
Sebab itu, rakyat mempunyai persepsi, yang institusi raja di Malaysia ini, hanya merupakan satu boneka yang boleh diperkunta-kintekan oleh UMNO dengan menggunakan isu 'Melayu' seperti Ketuanan Melayu dan agama Islam. Itulah modal mereka. Malang bagi mereka... orang Melayu kini bukan bodoh lagi. Sebab itu, UMNO banyak kehilangan sokongan orang Melayu, sebab... Melayu sudah tahu tembelang mereka. Pekung mereka sudah buat orang termuntah!!
Dan kini.... UMNO hanya relevan bagi Melayu, dulu, kini dan selamanya.... yang banggang saja. Siapa dia.. dulu, kini dan selamanya ??
Ha ha ha... Ahli dan para penyokong UMNOlah, siapa lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan