Mereka yang bukan Islam turut menyokong doa TG Nik Aziz (gambar dari ihsan PerisikRakyat)
Mana lebih ramai ratus atau puluh ribu orang? (gambar dari ihsan PerisikRakyat)
Baru pagi tadi saya ada posting artikel mengenai anak Tun Hussein Onn bernama Hishammuddin yang meminta TG Nik Aziz mengaku kesilapann kerana meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu. Beliau juga menyatakan 'rata-rata' rakyat tidak bersetuju dengan tindakan TG itu.
Tapi pagi tadi rakyat Kelantan menafikan apa yang pemimpin-pemimpin Umno termasuk Hishammuddin kata apabila pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan puluhan ribu manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika kehadiran puluhan ribu rakyat itu boleh dilihat sebagai satu referendum, jelaslah lebih ramai yang menyokong TG Nik Aziz dari yang tidak menyukainya. Ini kerana kira-kira 100 orang sahaja yang menyertai demontrasi mendesak TG meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, berbanding puluhan ribu yang hadir menyokong TG pagi tadi. Nampaknya hujan lebat di Kota Bharu pagi tadi tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan dari pelbagai kaum termasuk juga yang datang dari negeri-negeri luar yang ramai antaranya memakai lilit kepala "We Love Tok guru Kita" hadir menyatakan sokongan mereka kepada TG Nik Aziz.
Yang lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam, wakil institusi pondok dan wakil PKR turut berucap di hadapan ribuan yang hadir menyatakan sokongan mereka kepada TG. Yang tidak nampak hadir menyampaikan ucapan cuma wakil parti Hishammuddin saja! Mungkin juga ada wakil parti Hishammuddin yang hadir, tetapi malu untuk bercakap kerana mereka sedar rata-rata rakyat Kelantan tidak menyokong kezaliman yang cuba dipaksakan ke atas negeri itu.
Hishammuddin pasti ternganga melihat suara rakyat yang begitu ramai menyokong TG Nik Aziz!
~ pendikar gunung kriang
Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/
Tambah sikit lagi gambar
Sumber gambar: http://pinkturtle2.wordpress.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan