Sunday, December 6, 2009
Sebulan sudah berlalu. Namun keputusan yang ditunggu masih belum ada khabar dan beritanya lagi. Siapa MB Perak yang sah.... Nizar atau Zambry?? Kelewatan keputusan ini, menimbulkan tanda tanya. Apakah muslihat sebenarnya penangguhan tersebut??
Bermacam-macam spekulasi yang dibuat. Ada yang mengatakan Nizar akan ditabalkan semula sebagai MB Pakatan Rakyat negeri Perak. Yaaaahooooo!!! Ini bermakna Zambry akan tertendang keluar. MB Mahkamah, yang sah.... sah.... TAK SAH!!! Di'endorse'kan oleh Mahkamah melalui perbicaraan dan bukan oleh rakyat melalui pilhan raya. Demokrasi taik kucing namanya!!
Kalau Nizar menang... insyaAllah, kita akan menghadapi semula pilihan raya kerana selagi ada katak-katak durjana dalam DUN Perak, Pakatan akan tetap dalam bahaya. Biar mereka terkubur selamanya dengan kuasa rakyat. Itu pun kalau UMNO sudi ambil mereka semula sebagai calon. Kalau tidak.... padan muka!!
Persoalannya, kalau pilihan raya diadakan, bersediakah kita?? Apakah kita sudah cukup yakin yang rakyat masih bersama kita? Oleh itu, kita mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan. Kemenangan tidak datang dengan mudah... kita kena bekerja keras untuk mengecapinya.
Kalau Zamry menang... maknanya kita kena tunggu hingga PRU 13 pulak.... baru kita boleh tunjuk kuasa dan ajar mereka. Zambry pasti tidak akan mengadakan pilhan raya. Sudah dapat kuasa melalui rampasan kuasa... apa ke jadahnya nak buat pilihan raya pulak!! Daripada menempah nahas.... lebih baik terus berpaut pada kuasa. Apabila ada kuasa... baru boleh buat apa saja. Fuullaamaak.... akulah raja!!!
Mungkin juga keputusan sudah ada, tetapi mereka sengaja melambatkannya kerana hendak memberi cukup masa kepada kerajaan haram yang ada untuk bersiap sedia. Ya.... bersiap sedia untuk mengeluarkan dan menghapuskan apa-apa dokumen rahsia yang boleh membelit mereka kelak. Aha....pandai komer!!!
Itu andaian, sekiranya Zambry yang kalah. Oleh itu, kita kena peka dan tengok gerak geri mereka. Apakah mereka nampak mengelabah atau relax-relax sahaja?? Keadaan mereka dalam salah satu situasi tersebut, membolehkan kita membuat tekaan, sama ada... Zambry atau Nizar yang akan diisytiharkan sebagai MB Perak.
Kalau Nizar kalah.... kita berserah saja kepada yang maha kuasa. Terus istiqamah. Adalah hikmahnya. Dan... salah satu hikmahnya, mungkin Allah SWT nak tunjukkan kepada dunia betapa jijiknya kerajaan UBN di bawah Najib dan betapa pincangnya sistem keadilan di Malaysia. Habis demokrasi diliwat oleh mahkamah Malaysia.
Mungkin kekalahan ini akan menjadi pengajaran kepada kita untuk mengurus kemenangan kita dengan lebih baik. Kita bermuhasabah diri bersama-sama dan memperbaiki kelemahan-kelemahan kita.
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes ini akan menjadi petunjuk, sejauh mana sistem kehakiman kita menjujung prinsip demokrasi atau apakah demokrasi sudah tinggal gusi dan tunggu masa saja untuk mati?? Dan... mungkinkah Malaysia sedang menuju kepada pemerintahan kuku besi??
Sumber gambar: TheNutgraph
Sumber Artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan