RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

10 Disember 2009

Rakyat Thailand Dapat 'BIASISWA' Rakyat Malaysia Hanya Dapat 'PINJAMAN'..!!!


oppppppppp!!!!! sat.
apa punya PM ni.dah melampau.kami ni siape.jangan kerana nak jaga kredibilti sbg PM 1malaysia snggup buat ape saje untk negara lain.nak bantu orng ok je.ana pun sokong 100% tapi klu 1malaysia rakyat sendiri belajar universti kena hutang,orng lain bukan rakyat mlysia dapat biasiswa.ini dah melampau.fikir dulu jangan kerana rakyat dh x percaya kerajaan yang ada ni maka kata pepatah melayu 1malaysia kera kat hutan disusukan, anak  kat umh kebuluran.



Guru dan pelajar Thailand diberi biasiswa, rakyat Malaysia hanya pinjaman!
oleh Angkasanuri [harakahdaily]

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand semalam mengumumkan kerajaan 1Malaysia akan memberi biasiswa kepada guru dan pelajar di wilayah berkenan untuk mengikuti pengajian di isititusi pendidikan di Malaysia.

Langkah berkenaan bertujuan untuk membantu umat Islam minoriti di selatan negara Gajah Putih berkenaan.

Saya tidak berkata tidak bersetuju dengan langkah itu, nak bantu dan beri biasiswa kepada semua guru dan pelajar di negara berkenaan pun tak mengapa.

Islam pun menggalakkan membantu saudara seagama.

Tetapi yang jadi masalahnya ialah majoriti guru dan pelajar di Malaysia hanya mendapat pinjaman dari kerajaan terutamanya melalui PTPN, itu pun kerajaan ambil untung dengan mengenakan faedah keapada mereka.

Beribu-ribu guru di Malaysia yang terpaksa ambil cuti separuh gaji dan ada yang ambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian untuk meneruskan cita-cita dan meningkatkan profesion mereka.

Malah ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menampung keperluan pengajian serta menanggung keluarga kerana tidak cukup pendapatan kerana mendapat separuh gaji sepanjang pengajian.

Namun itu tidak melemah dan mematahkan semangat mereka untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.


Tindakan Najib dan kerajaan 1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan umpama kera di hutan disusu dan dimanjakan, anak di rumah merempat dan kebuluran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com