RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

04 Disember 2009

SELAMAT BERTUGAS DATUK ABU KASIM,JANGAN DOK BUAT YANG SAMA MACAM KAWANMU YANG NAK BELAH AKHIR BULAN NI

SPRM DAPAT KETUA BARU


Untuk masa depan SPRM yang lebih gemilang, cemerlang serta penuh integriti, diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Abu Kassim.

Abu Kassim Ganti Ahmad Said Ketuai SPRM Mulai 1 Jan


KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya yang baru mulai 1 Jan ini menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan hari ini berkata Ahmad Said, 57, telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya, yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Dis ini.

"Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abu Kassim, 48, sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata Sidek dalam satu kenyataan.


ulasan anaunited: SELAMAT BERTUGAS DATUK ABU KASIM,JANGAN DOK BUAT YANG SAMA MACAM KAWANMU YANG NAK BELAH AKHIR BULAN NI.TUGASMU UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK KEPENTINGAN KERAjaan ATAU AHLI POLITIK.SIASAT SIAPA SAHAJA YANG HIDUP DALAM RASUAH.JANGAN TAHAN SAJA YANG RASUAH 500 RGT TAPI TENGOK YANG BERJUTA2 DUIT RAKYAT DIA SAPU.
P/S TOLONG SIASAT KAWANMU YANG NAK BELAH TU!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com