ucapan panjang lebar antaranya menyentuh tentang peranan setiap ajk terhadap proses pemerkasaan jamaah, sejarah perjuangan para sahabat r.a dalam memastikan tertegaknya agama Allah......beberapa realiti yang diutarakan beliau ialah...
-Kita hidup di dunia realiti, bukan fantasi.
-Banyak orang yang pandai berbicara tetapi tidak mahu melakukan kerja jamaah.
-Banyak yang menolak daripada yang sanggup menerima hingga individu yang sama terpaksa menanggung berbagai-bagai jawatan di pelbagai peringkat.
-Banyak orang yang tidak sanggup berada dihadapan walaupun mendapat pendidikan yang tinggi di luar negara...tidak menjadi harapan kepada masyarakat..
-Budaya hidup mewah menyekat untuk bersama-sama bergelumang dalam masyarakat.
-Islam akhir zaman dilihat pelik....mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dilihat pelik..
-Banyak orang yang mengelak diri untuk bekerja demi Islam dari yang menawarkan diri..
-Pesanan untuk MKK....kerja mesti dilakukan...jangan jauhi diri dari surau dan masjid....dampingi masyarakat...
-Dalam dppbaling...jangan berfantasi dalam pemuda...realitinya kita memegang lajnah...perlu lonjakan, menggerakkan lajnah keperingkat yang lebih tinggi...
-Pengajaran dari peristiwa tawanan badar....akhirnya idea Abu Bakar Assiddek diterima semua pihak...
-Kita hidup dalam zaman fitnah dan ancaman...sekiranya kita terus berjuang sama seperti di zaman para sahabat r.a....maka ganjaran pahala amat besar dari Allah Taala...
-kesimpulannya....keputusan dalam mesyuarat dppb adalah menjadi garis panduan kesemua ajk dppb.
Anaunited : mengetengahkan pendapat tentang kerajaan perpaduan yang menjadi polemik tempohari serta menyatakan pendirian tegas tentang kaedah serta method perjuangan yang hakiki dan tersusun.
Pengarah unit amal ; Kerja-kerja amal yang dilakukan adalah aset secara langsung kearah memahamkan masyarakat tentang keindahan Islam dan susunan kerja-kerja jamaah.
Nilai tarbiah yang tinggi mampu menjadikan diri kita tidak berganjak dari pegangan perjuangan walaupun datang beribu mehnah dan dugaan.Mengharapkan program tarbiah mampu menyatukan fikrah dikalangan ajk untuk terus berjuang di medan masyarakat.
Penerangan mengutarakan isu berkaitan kedudukan pemuda dari sudut perlembagaan PAS, pengorbanan ahli diperingkat grassroot, cabaran pertembungan idea alaf baru yang memerlukan respon yang tepat dan positif serta dapat membantu perkembangan organisasi.
mengetengahkan realiti semasa yang berkait rapat dengan permasalahan sekitar masyarakat Baling terutama diperingkat akarumbi yang banyak melahirkan rasa hati apabila pihak dppb turun ke padang melancarkan program sekrateriat pilihanraya...
Melontarkan idea-idea terkini terutama dalam bidang it serta idea pemurnian fikrah setelah menjalani proses tarbiah yang berpanjangan yang sepatutnya merubah cara berfikir, cara merancang dan cara melaksanakan sesuatu tugasan terutama apabila ianya berkaitan matlamat jamaah.
Tuan guru...menghuraikan tentang bagaimana melihat konsep sebenar dalam menjalin ikatan sesama muslim walau dalam parti yang berlainan, menyeru agar bersama memahamkan masyarakat terhadap perjuangan Islam yang syumul dan mesra terhadap semua makhluk.
Konsep jamaah...keputusan dan pandangan individu tidak semestinya mencerminkan kehendak jamaah, oleh itu...berhati-hati dalam memberi idea dan komen terutama apabila ianya berkait dengan permasalahan dalaman politik dan jamaah.
Agenda akhir...makan bersama, bergurau senda, gelak tawa, bahagia bersama....kesemuanya menjadi rempah ratus dalam kawah ukhwah dppbaling. Kemanisan perjuangan ini pasti menjadi kenangan terindah ketika usia membatasi kita...apapun, rasa hati kita tetap sama....daulatkan al Quran di bumi tuhan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan