§ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau
bagaimanapun keadaan saudara.
§ Bacalah al-quran, buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah.
Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi fardah
§ Berusaha mencapai dalam bahasa arab fusha, kerana ia merupkan salah
satu syiar Islam
§ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau
bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan ke
baikan.
§ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubuang dengan Allah
bersifat tenang dan serius.
§ Saudara jangan bergurau: kerana ummat yang berjihad hanya mengenal
keseriusan
§ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang di perlukan oleh
pendengar, keranayang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan
§ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang
pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.
§ Berkenalanlah dengan orang yangsaudara temui dari kalangan
rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak di minta berbuat demikian,
kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
§ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain
supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa
penunaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan