RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

22 Februari 2010

Ganesan Tetap "Speaker Haram" - Datuk Seri Nizar

PR tetap menolak Datuk Ganesan sebagai Speaker sebaliknya hanya mengiktiraf,V Sivakumar sebagai speaker yang sah Dewan Undangan Negeri Perak yang dilantik mengikut lunas-lunas perundangan.

Bekas MB Perak Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin berkata,Ganesan tetap dianggap sebagai speaker haram bukan speaker DUN sebagaimana yang diperkatakan oleh ADUN Barisan Nasional,Datuk Hamidah Osman.

Tidak ada sebab beliau dan ADUN PR perlu menerima Ganesan sebagai speaker sedangkan perlantikannya tidak mengikut saluran perundangan yang betul.

"Usul ketika melantik Ganesan sebagai speaker dikemukakan oleh datuk Zambry Kadir dan disokong oleh Hamidah adalah tidak sah disebabkan pada ketika itu Zambry sudah digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh V Sivakumar."jelas Datuk Seri Nizar.

Walaupun mahkamah perseketuan telah mengisytiharkan Zambry sebagai MB yang sah,ia tidak bermakna PR juga mesti menerima Ganesan sebagai speaker.Dua situasi yang berbeza dan pihak kami akur akan keputusan mahkamah bagaimana pun tetap tidak akan menerima Ganesan sebagai speaker.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com