Ini adalah sinambungan dari program-program pencerahan isu Royalti Minyak Kelantan yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama GEGAR, sebuah Pertubuhan Bebas yang dianggotai oleh lebih dari 50 NGO yang bersama-sama memperjuangkan HAK Negeri Kelantan yang Berdaulat.
Bulan lepas (28hb. Januari, 2010) kita dan dunia telah menyaksikan kehadiran audein yang tidak dijangka dan jika dirujuk disini, tidak mustahil angka kehadiran mencecah lebih dari 50,000 orang dan yang lebih menggegarkan lagi Pucuk Pimpinan UMNO Negeri dan Pusat ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ahli UMNO merangkap Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas Pengerusi, juga Pengasas kepada penubuhan Petronas telah tampil hadir mengetuai "Ceramah Mega" tersebut bersama-sama dengan rakyat Kelantan.
Ku Li pada hari ini pada mata ahli-ahli UMNO adalah seorang yang amat "menjengkelkan" dan memualkan. dengar khabarnya, beberapa hari selepas Ku Li berdiri diatas pentas "Pembangkang" (kenyataan bodoh dari UMNO Kelantan dan juga Pusat... BANGANG-BANGANG ini tak sedar bahawa "Pembangkang" di Kelantan ialah UMNO..!), UMNO Kelantan telah mengadakan 1 mesyuarat/perbincangan halus untuk mengusul kepada UMNO Pusat supaya Ku Li dilucutkan keahliannya dari UMNO.
Tak tau pulak aku apa yang berlaku seterusnya dipihak KERAjaan Pusat (UMNOlah "KERA"jaan tu...) tapi yang pastinya, dipihak UMNO yang kepalanya ialah PM Najib, tetap mempertahankan bahawa kelantan hanya berhak mendapat "Wang Ehsan" dan bukannya "Royalti".
Pada aku tak kisahlah apa namanya sekalipun, "Royalti" pun mewakili duit, "Wang Ehsan"pun mewakili duit jugak. maka atas sebab itulah UMNO yang kepalanya pada ketika ini ialah PM Najib liat sangat nak bagi pada Kelantan padahal perkara itu termaktub didalam "Perjanjian antara "Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan" dan bukannya "PM Najib dengan Rakyat Kelantan" atau "KERAjaan Pusat dengan Rakyat Kelantan".
Susah sangat ke sorang yang bertaraf PM (Perdana Menteri) nak faham benda alah ringkas macam tu..?
Yang paling BANGANGnya ialah bila PM Najib dan puaka-puaka UMNO termasuk geng-geng "Kelantan Tak De Maruah" seperti Tok Pa, Awang Adek dan kuncu-kuncunya keluarkan kenyataan berbau "jilatan" yang bau "lacurannya" sama dengan nada PM Najib (nada PM Najib pulak berbau "jilatan" pada Che'Det) iaitu Kelantan tiada HAK untuk terima Royalti sama seperti nasib Terengganu yang "tiba-tiba hilang HAK" bila PAS berjaya menawan terengganu pada 2004.
Ramai pimpinan UMNO yang tak sedar pada malam Ku Li tampil di pentas "Kerajaan" (itu kenyataannya), ramai ahli-ahli UMNO juga turut hadir untuk mendengar penerangan isu tersebut dari mulut Ku Li sendiri dan mereka-mereka (ahli-ahli UMNO) ini pulang dengan beberapa persoalan.
Soalan yang pertama diajukan oleh mereka-mereka ini pada Pimpinan, Ketua-Ketua Cawangan dan juga Ketua-ketua bahagian pada keesokan harinya ialah, "Royalti tu apa dan Wang Ehsan itu apa..?" dan soalan yang keduanya ialah "sejak bila timbul 'Wang Ehsan'..?"...
2 soalan mudah yang gagal dijawab dengan susun kata yang lancar dan bermaya oleh penjilat-penjilat UMNO Kelantan dan apa yang mampu dijawab oleh mereka-mereka yang diajukan soalan tersebut ialah "kita tunggu jawapan dari Pusat"... maka sampai hari ni, masing-masing ahli UMNO peringkat bawahan yang "totoknya" belum mencapai tahap "darah pun kaler biru" masih tertunggu-tunggu jawapan dari "Pusat".
Korang datang ke Kelantan dan korang perati la... yang mana jalan menunduk sepanjang masa tu semua dok tunggu "Pusat" bagi jawapan.
Ada jugak pimpinan atasan UMNO Kelantan yang menyoal balik pada ahli bawahan... "Jebatkah yang benar, atau Tuahkah yang benar..?"... "Ku Li kah yang benar, atau Najib kah yang benar..?" tergantung...
Semua ni angkara si Bodoh bernama Najib yang juga PM 1Malaysia dan juga Presiden UMNO. terlalu sinonim menyambung kerja-kerja bodoh dalam UMNO tinggalan TDM.
Si Bodoh inilah yang dikaitkan dengan "Konspirasi Liwat 2", Si Bodoh inilah yang mengaku tidak kenal siapa itu Sepul dan beberapa hari kemudian ter"eh" dengan kenyataan sebelumnya dan Si Bodoh ini jugalah yang banyak meneruskan kebanyakan kerja-kerja bodoh TDM dalam UMNO sebaik sahaja dinobat sebagai Presiden UMNO dan juga PM dan kerana Si Bodoh inilah juga UMNO Kelantan menjangkakan bahawa PRU-13 nanti Kelantan akan kekal menjadi milik PAS.
Kempen 49 jam sehari pun tak guna kata "orang lama UMNO Kelantan" kalau macam ni...
Banyak lagi kerja-kerja Bodoh telah dilaksanakan oleh PM Najib (malas nak listkan sebab malas nak buat "Kerja Bodoh"...).
Program-Program Penerangan Isu Royalti Minyak akan diteruskan lagi selepas ini dan khabarnya Urusetia Penerangan Negeri Kelantan telah mengatur sebegitu banyak program dan ianya akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 2 minggu sekali.
1 langkah bijak oleh Kerajaan Negeri Kelantan. lebih banyak program sebegini diatur, lebih terserlah lagi kebodohan demi kebodohan PM Najib didalam Isu Royalti. BANGANG yang mungkin tak pernah melihat atau membaca Sirat Perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan cuba menjadi "hero" tapi dia tak sedar "hero"nya hanya pada nama sedangkan pada hakikatnya "hero" ini tampil dengan memakai "spender" diluar. Superman la kununnya...
Sambil-sambil jadi "hero', sambil-sambil memalukan diri sendiri.
Ah... PM Najib memang "sinonim' dengan kerja-kerja Bodoh dalam UMNO... itu 1 perkara yang sangat-sangat baik untuk Pakatan Rakyat. tak perlu susah-susah sebab orang jenis ini "pandai" menampilkan keBodohannya kepada umum dan Pakatan Rakyat cuma perlu "cucuk sikit" je dengan apa-apa isu yang difikirkan sesuai.
Seterusnya, Si Bodoh akan tampil kedepan lagi dengan "spender"nya yang dipakai diluar...
Kalau dah "Presiden" sendiri "Bodoh", orang bawahan pulak apa..? (orang bawahan merujuk kepada para penjilat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan