Meminta bantuan untuk mengesan gadis ini sila sebarkan - Di Manakah Norlaili Afizah...
Kg Setia JayaSetapak
Kuala Lumpur
14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.
Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .
ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI. ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.
PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.
PIJAH
Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan kira-kira jam 11 malam semalam (13 Feb 2010), yang meminta bantuan saya untuk mencari adik perempuan rakannya yang hilang sejak 12 Feb.
Oleh kerana saya amat penat ketika itu, saya meminta tangguh kepadanya untuk datang menemui rakannya hari ini (14 Feb 2010).
Saya juga meminta rakan dari Utusan Malaysia, Angelina Sinyang datang untuk kes ini supaya maklumat kehilangan dapat disebarkan lebih meluas.
Ramai datang berkumpul di rumah ini termasuk beberapa anak muda dari kampung ini yang sejak dua hari lalu berusaha mencari Norlaili di sekitar Lembah Klang termasuk menanpal dan mengedar kira-kira 1000 risalah mengenai kehilangan itu.
Bagi keluarga ini, mereka terpaksa menanggung risiko akan apa jua tindakan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kembali anak tersayang.
Rokiah sudah seolah-olah hilang ingatan dan sukar mengingati serta hanya berdiam diri. Berbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya, namun gagal.
Norlaili anak ke 4 dari 5 beradik. Abangnya Mustapa Kamal 26 tahun, Kakak, Siti Norlaila 24, Noor Haslinda 22 dan adiknya Roslin Intan Nurul Amira, 16 tahun.Norlaili disedari hilang setelah keluar dari rumah jam 11 pagi, Jumaat lalu dan mengikut katanya, dia ke rumah rakannya di Taman Melawati.
Telefon bimbitnya tidak berjawab dan usaha mencarinya dilakukan termasuk menghubungi rakan-rakannya yang lain.
Sarjo dipercayai berasal dari Jawa Timur.
Pencarian juga gagal di Kg Kemensah.
Menurut keluarganya, Norlaili seorang anak yang baik dan tidak pernah melakukan perkara yang tidak disenangi keluarga malah selalu berkorban menjaga ibunya yang sakit.
Omar Mahmud (ayah) - 017-3107234Mustapa Kamal Omar (abang) - 016-2690277
Sumber: http://ondscene.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan