RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

22 Februari 2010

Noh Omar Ludah Atas Kepala Sendiri...

Pembangkang cipta cerita bohong tutup masalah dalaman

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam membidas sikap pakatan pembangkang di negeri ini yang sengaja mencipta cerita bohong bagi menutup pergolakan yang berlaku dalam parti sekutu mereka.

Katanya, itu hanya helah mereka untuk mengalih perhatian rakyat sekali gus melupakan masalah dalaman parti mereka yang tidak lagi boleh disembunyikan.

“Inilah helah pembangkang, kalau mereka tidak boleh selesaikan masalah dalaman parti, mereka akan cipta masalah lain. Semua orang tahu kalangan pemimpin Pas di Selangor bergaduh.

“Dalam Pas Selangor ada dua kumpulan bertelagah iaitu antara Datuk Dr Mohamed Hasan Ali (Pesuruhjaya Pas Selangor) dan Khalid Samad (Yang Dipertua Pas Shah Alam).

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pula menghadapi krisis di kawasan sendiri apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor dibubarkan,” katanya selepas menghadiri majlis dialog bersama ibu tunggal di Bangunan Umno Shah Alam, di sini.

Noh mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang mendakwa wujud perpecahan dalam Umno Selangor berikutan wujud dua kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo manakala satu kumpulan lagi menyokong Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh menegaskan Adun itu membuat tuduhan liar berkenaan kerana tidak tahu sejarah hubungan rapat antara beliau dan Dr Mohamad Khir, yang berasal dari kampung sama.

“Kami dah lama berkawan. Saya yang bawa Dr Mohamad Khir dalam arena politik dan sayalah yang beri sokongan kuat kepada Dr Khir ketika hendak jadi calon pilihan raya umum dulu.

“Saya ketika itu sudah jadi Ahli Parlimen, Timbalan Ketua Umno Bahagian dan apabila jawatan Menteri Besar (MB) Selangor kosong, saya ketika itu menyokong supaya beliau diberi peluang jadi MB.

“Ketika itu, saya Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Saya dan Dr Mohamad Khir tidak ada masalah. Apabila beliau jadi MB, saya berpakat dengan beliau, ambil seorang satu Umno bahagian,” katanya.

Admin : Kan pembangkang di Selangor ialah UMNO/BN... 2 tahun kalah pon dok meroyan tak habih lagi..kasiannn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com