RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

22 Februari 2010

Dedah hukuman sebat wanita Islam kerana terpaksa

Harakahdaily   
BACHOK, 22 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa. Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.
 “Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.
“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi
.
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir.
Orang ramai mengikuti ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan isu tuntutan royalti ekoran wujud kenyataan yang bercanggah di antara kerajaan negeri dan pemimpin Umno.
Baru-baru ini tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.
Menurut Hishammuddin hukuman tersebut dijalankan di Penjara Kajang pada 9 Febuari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, sepatutnya pelaksanaan hukuman tersebut tidak dilakukan secara senyap kerana ia tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.
“Ini seolah-olah kerajaan seperti takut kepada negara luar sehingga enggan menguar-uarkan hukuman tersebut. Saya percaya kalau tidak ditanya pemberita menteri terbabit tidak akan mendedahkan hukuman tersebut kepada umum,” ujarnya.
Beliau juga mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis kewangan yang serius apabila ada sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak di asrama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.
Sementara itu, difahamkan ada hospital mengeluarkan arahan lisan kepada pesakit supaya memulangkan ubat yang dibekalkan sekiranya masih berbaki selepas penyakit mereka sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com