Setelah mereka gagal di Selangor, walaupun menyerangnya dengan serangan maut, kini... mereka beralih pulak ke Pulau Pinang. Namun... senjata yang digunakan dalam serangan kali ini, masih senjata lapuk yang berpelurukan isu Melayu dan agama. Alamak... tak dak isu lain ka yang lebih mantop??
Memula.. depa buat demo kononnya Melayu Pulau Pinang dipinggirkan apabila berlaku perobohan gerai-gerai oramg Melayu. Depa kata Guan Eng bias... tak adil. Depa tuduh dia anti-Melayu. Awat gerai Cina dia biaq, tak usik, tapi... gerai orang Melayu dia pi roboh. Mula-mula panas hati jugak dengar apa yang berlaku... sebab pada aku, telah berlaku ketidakadilan.
Lantas... aku pi korek sana sini untuk dapat gambaran yang sebenarnya. Aha... baru aku tau, yang bukan gerai orang Melayu saja kena roboh, tetapi gerai Cina pun kena... yang hat India pun kena jugak. Semua yang tak mengikut peraturan dan tak berlesen... menerima padah. Kalau lagu tu.... awatnya hingaq sangat. Dalam program 'Hujah' di NT9 yang dikendalikan oleh Prof Agus, baru aku dapat maklumat berserta figure dan data yang sebenar tentang isu perobohan gerai-gerai di Pulau Pinang. Aha.. aku dapat a clear picture tentang isu tersebut.
Rupanya depa nak politik isu ini untuk 'tarnish'kan imej dan reputasi Guan Eng selaku Ketua Menteri. Kononnya, Ketua Menteri Pakatan Rakyat tak tau mentadbir.... tak efisyen!! Berdemo la depa bagai nak rak... siap bakaq gambaq Guan Eng.
Bila peluru depa tak lut.... depa lancarkan serangan kedua, menggunakan peluru isu agama. Hingaq sekali lagi puak-puak ni. Kali ini, depa tuduh, kononnya..... Guan Eng tak prihatin pada sambutan jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Guan dikatakan telah membatalkan perarakan sambutan Maulidur-rasul. La... yang hat ini, depa betoi-betoi nampak bangang. Tak dak perarakan.... what's the big deal?? Itu bukan satu kemestian.
Last-last.... senang ja Guan Eng patahkan serangan depa. Ok... hangpa nak berarak sangat... fine. Pada hari maulidur-rasul nanti, hangpa pi la berarak. Lu orang punya suka la. Terus senyap isu perarakan. Depa kalah terduduk. Tetapi... masih ada suara-suara tak puas hati kedengaran di sana sini.
Lantas... Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencadangkan diadakan Debat Perdana Rakyat 2010 berkaitan isu tersebut, dengan tajuk, “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” bagi memperjelas isu yang dibangkitkan oleh depa.
Pada aku... debat ini merupakan satu platform yang baik untuk kedua-dua pihak mempertahankan pendirian masing-masing. Biar rakyat menilai siapa yang berada di pihak yang benar.
Fuuulaamak... best giler kalau debat ini dapat diteruskan. Malang sekali.... rasanya, ia tidak akan menjadi kenyataan, kerana.. pihak depa dah mula berdolak-dalik. Ada ke pulak, depa hanya nak berdebat dengan Guan Eng jer... Alamak, awat jadi lagu ni??
Apa-apa pun, aku harap Guan Eng has the guts to accept the challenge. Depa kata, Pemuda Pakatan Rakyat kuda tunggangan Guan Eng. Well... prove them wrong. Be brave... demi menegakkan kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan