RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

12 Mac 2010

Allah telah tunjukkan kebesaranNya...


Panas yang telah melanda buat sekian lama telah diredakan dengan curahan hujan yang mula turun selepas Jumaat tadi. Alhamdulillah.... mungkin inilah kebesaran Allah SWT.

Fuuuhhh.... lega rasanya. Kuranglah sikit rasa panas yang dirasai sejak beberapa bulan yang lepas. Malah, petang ini cuaca dirasakan begitu nyaman sekali. Harap-harap cuaca begini akan berterusan....

Hujan dikatakan mula mencurah-curah turun setelah solat istisqa' diadakan di Kelantan. Solat tersebut telah diimamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz , iaitu sebaik saja solat dimulakan..... ketika bacaan al-Fatihah. Itu ler ler rahmat Allah.

MasyaAllah.... masyaAllah... cepatnya Allah SWT memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Aha... tengok komer, kalau Allah nak tunjukkkan kebesaranNYA, dengan sekelip mata saja Dia boleh tunjukkan. So... bagaimana power sekali pun kuasa manusia di bumi 1 Malaysia ini, tidak dapat mengatasi kuasa Allah SWT. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ingat tu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com