RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

14 Mac 2010

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?

Oleh: Yusmawati Mhd Yusof (TVSelangor)

SHAH ALAM, 12 MAC - Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno,"katanya.

Sumber: TVSelangor
Berkaitan: Persatuan Usahawan Anggerik Mall Persoal Tindakan Inno Elegan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com