RENUNGAN BUAT HAMBA ALLAH

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45) "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)

12 Mac 2010

GERAKAN sokong GMI untuk melancarkan kempen "Bukan Pinda Tapi Mansuh ISA!".

Pemuda Gerakan menyokong rancangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk melancarkan kempen "Bukan Pinda Tapi Mansuh ISA!".

Semalam, GMI menggesa kerajaan menghentikan cadangan pindaan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) tetapi sebaliknya mahu ISA dimansuhkan.

Sehubungan itu, GMI akan memulakan kempen ”Bukan Pinda Tapi Mansuh ISA!!” dengan mengajak rakyat dan wakil Rakyat turut sama menjayakannya melalui aktiviti, termasuk dialog dengan MP, pelancaran logo kempen, pengedaran risalah dan menganjurkan forum.

GMI dianggotai lebih daripada 80 organisasi terdiri daripada NGO, parti politik, badan hak asasi manusia, pertubuhan wanita, mahasiswa, majlis peguam dan kesatuan sekerja.

Sementara itu, Ketua biro undang-undang, pengaduan awam dan kebajikan masyarakat Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata sejak dua tahun kebelakangan ini, sayap tersebut sentiasa menyokong perjuangan GMI atas dasar keadilan dan hak asasi manusia.


Tegasnya, walaupun kepentingan keselamatan negara harus diutamakan, ia tidak bererti sehingga melanggar kepentingan dan kebebasan seseorang rakyat sepertimana yang dijamin dalam perlembagaan Persekutuan.

"Justeru, kempen balas oleh NGO Pembela Negara (Magaran) harus memahami bahawa perjuangan kami bukan untuk menjejaskan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Magaran - NGO yang pro-ISA - hari ini mengumumkan akan melancarkan kempen balas terhadap GMI yang mahukan akta tersebut dimansuhkan dan bukan dipinda.

Menggelarkan kempen itu sebagai “GMI, sabar dulu”, Magaran - gabungan lebih 50 NGO yang pro-ISA - akan memulakan kempen mereka Isnin ini, sempena permulaan sesi baru sidang parlimen.
Bagaimanapun, berbeza dengan GMI yang mahu turun padang menyampai mesej penentangan mereka, Magaran memilih alam maya, iaitu kempen melalui laman sosial Facebook.

Mengulas lanjut, Andy berkata, sehingga hari ini, cadangan pindaan yang terperinci masih tidak dimaklumkan oleh kementerian dalam negeri kepada ahli-ahli parlimen BN sewaktu sesi perjumpaan mereka Rabu lalu.

"Pemuda Gerakan mencadangkan bahawa kerajaan harus memansuhkan akta tersebut dengan menggantikannya dengan satu akta anti-pengganas yang bukan satu tindakan yang rumit," tegas Andy.

Menurutnya, jika pindaan ISA tersebut dalam sesi parlimen minggu depan berbentuk status quo, terutamanya penahanan tanpa bicara dibekalkan dan kuasa muktamad masih di tangan menteri, (maka) ia akan menjejaskan konsep 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LOTERI UMNO

LOTERI UMNO
NAK TAU UMNO GUNA DUIT LOTERI UNTUK GERAKKERJA DEPA SILA KLIK GAMBAR ATAU LAWATI http://www.al-bakistani.blogspot.com